"Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat ," kata Rafizi pengarah strategi PKR.PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' mendakwa pihaknya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok.
"Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak mematuhi undang-undang APA (Akta Perhimpunan Aman). Lain-lain, tiada komen. Terima kasih," katanya melalui SMS kepada malaysiakini



Tiada ulasan:
Catat Ulasan