Radzi Razak pemberita theSun yang mendakwa dipukul polis semasa perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu berkata, selepas meluangkan setengah jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, seramai 20 anggota polis yang dibariskan untuk kawat cam itu terlalu tua.Radzi berkata, ini berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini bahawa polis yang memukulnya semua "muda".
Menurutnya lagi, beliau juga sebelum ini meminta polis mencari suspek berusia bawah 30 tahun.
"Saya harap semua ini akan berakhir segera kerana sudah lama pemberita diganggu oleh pihak berkuasa. Kita tahu polis cuma melakukan tugas, tetapi pemberita juga melakukan tugas mereka," kata Radzi lapor malaysiakini.com




Tiada ulasan:
Catat Ulasan