“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di twitter kira-kira jam 11 malam.
“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di twitter jam 1 pagi ini.
Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang malam semalam (26 Februari).
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu sebagai budaya gangsterisme Umno.
Petang semalam, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.
Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.
Ketua AMK Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.
Dalam kejadian itu, samseng yang kebanyakannya berkemaja-T merah dan membawa bendera Barisan Nasional (BN) turut melempar botol, kayu dan telur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan