Malay Merdeka: Siapa itu menteri?....
Rabu, 11 Januari 2012
gaji minima: Janji kosong kerajaan BN
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Dr S Subramaniam menyatakan kerajaan akan mengumumkan kadar gaji berkenaan menjelang akhir tahun lalu, dengan mengambil kira syor yang dikemukakan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).
Sehingga kini janji tinggal janji dan menteri tidak bertanggungjawab dengan janjinya. Ia membuktikan kerajaan selama ini tidak habis membuat janji tetapi tidak berupaya mewujudkan gaji minima.
” Bicara yang diluahkan semuanya menipu belaka. Golongan pekerja dianggap kelas ketiga oleh pemerintah Umno-BN yang jelas mengkhianati janji kepada rakyat,”
Dalam keadaan pekerja swasta diabaikan, kerajaan pula melaksanakan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang memberi kesan buruk kepada kakitangan awam dan memperlekeh sumbangan mereka.
Pegawai kerajaan berpangkat Turus dan Jusa menerima kenaikan gaji sebanyak 500 peratus dan 100 peratus, manakala di peringkat kakitangan pelaksana pula hanya mendapat kenaikan 7 peratus hingga 13 peratus.
Penilaian dan laporan prestasi tahunan berdasarkan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) juga meminggirkan hak kakitangan bawahan mendapat kenaikan gaji yang adil, malah menyuburkan budaya tidak sihat di sektor itu.
Malay Merdeka: Siapa itu menteri?....
Malay Merdeka: Siapa itu menteri?....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan