Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 11 Januari 2012

anwar seorang yang hebat dan berjiwa rakyat diakui bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Kadir

NONE"Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat. Dan (sikap) beliau yang natural (semulajadi).

"Apabila beliau masuk ke kampung, apabila beliau bercakap dengan orang kampung, beliau nampak natural. Beliau tidak perlu tunjuk lagaknya. Main drama kata orang,"kata bekas menteri dan veteran Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH)
"Saya adalah kawan yang setia...rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya betul-betul kasihan kepadanya dengan apa yang berlaku kepadanya... saya simpati kepadanya dan kali ini saya benar-benar bersimpati dengannya," katanya.

Sebelum keputusan diumumkan, Kadir berkata beliau pergi ke kediaman Anwar dan menemaninya sehingga ke mahkamah sebagai tanda rasa simpati dan memberi sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya lagi, sebelum keputusan diumumkan, beliau percaya 70 peratus Anwar yang juga ketua pembangkang akan dihumbankan ke penjara




.Malay Merdeka Anwar is the great!...yeah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan