Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 22 Disember 2011

Hassan Ali mengakui ada persamaan dan berbincang dengan Zulkifli Nordin

Datuk Dr Hasan Ali (gambar) mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua. Nada dan cara mereka serupa.

"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan. 

"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi.

Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas.

Beliau kini menjadi peluru utama Umno untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media sebelum ini, Hasan mempertikai konsep Negara Berkebajikan yang dikemukakan Presiden PAS dalam muktamar PAS yang lalu dan kini bakal menjadi panduan utama PAS.

Ekoran itu, beliau diserang oleh pemimpin PAS di samping Pemuda dan Muslimat.

Hasan dalam wawancara kali ini mempertikaikan komposisi kepimpinan PAS yang dikatakan lebih ramai profesional dari ulama tanpa menyebut badan tertinggi PAS adalah Majlis Syura Ulama yang semua anggotanya adalah ulamak.

"Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shift), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20 ,30 dan 50 tahun dulu," katanya.

Bagi beliau, punca-punca yang menyebabkan anjakan berlaku dalam PAS, logiknya adalah orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung.


malaymerdeka: Sudah terserlah Hassan Ali orang sekular sebagai orang yang kecewa dan mengkhianati parti PAS.  perjuangan beliau hanyalah  untuk kepentingan sendiri...melepaskan hutang yang keliling pinggang..kononnya mengunakan Islam serta institusi raja sebagai wadah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan