Pelbagai pihak juga membidas rang undang-undang baru itu yang dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, ia mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.Nazri (gambar) dipetik sebagai berkata kepada akhbar harian Cina,Sin Chew Daily, hari ini, kerajaan tidak akan menubuhkan satu Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen untuk inkuiri awam berhubung rang undang-undang itu, seperti yang dicadangkan oleh Majlis Peguam.
Dakwa Nazri, cadangan Lim dan segelintir peguam tidak mencerminkan pandangan rakyat di negara ini.
"Kerajaan yang mewakili rakyat, BN mempunyai 140 ahli parlimen dan sesetengah ahli parlimen Bebas juga menyokong kami.
"Saya cadangkan Lim Chee Wee daftarkan Majlis Peguam sebagai sebuah parti politik dan cabar saya di Padang Rengas pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan