Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Janji tiada erti - Adit Rahim

Damaikah tidur malammu?

Diulit mimpi indah kayangan?

Kerna ramai menderita dek janjimu,

Yang hingga kini belum dikotakan

Kau janjikan hidup lebih baik dari dulu,

Kau suguhkan "kesenangan",

Dapat dikecapi dari bandar ke hulu,

Jika diberikan "kemenangan"

Indahkah tidur malammu?

Dipeluk bidadari kesayangan?

Sedarkah janjimu itu,

Kini mencetus seribu satu keresahan?

Adat manusia bila berjanji dulu,

Sedaya upaya gigih dikotakan

Tapi janji-janji ditaburi kamu,

Tinggal kenangan, jauh di awangan

Sudahkah tidurmu terganggu?

Mimpi manis kini igauan

Buruk padahnya berjanji itu,

Kerna kami sudah tidak tahan

Pelbagai alasan bertalu-talu,

Dengan mudah kami tepiskan

Kerna kami tidak lagi mahu,

Bagai "sampah", diperlakukan

Sudahkah kamu sedar dari ulitan tidur lena mengasyikkan

Kerna kami semua sudah terlalu "kelaparan dalan kehampaan"

Jangan sampai "kelaparan" membawa "penderitaan"

Kelak nanti, kamu-kamu yang bakal "dibicarakan".

Kerna janji, manusia bisa binasa.

Bisa, walau sudah terlalu terbiasa.

Walau. – 19 Disember, 2013.

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

Jumaat, 25 November 2011

Gambar bekas isteri PM Najib

Ng Eng Kiat

Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008.  Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah - melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.
Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media.  Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC.  Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia. 
Kempen "branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi agenda terpenting.  Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan" dilihat menjadi suatu fenomena global.  Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang.  Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan".
Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia.  Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan.  Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja.  Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?
Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji sekali.  Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia.  ISA akan dimansuhkan.  Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan.  Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka.  Sempoi gila.

 ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara.  Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA.  Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan.  Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000.  Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000.  Sempoi tak?  Inilah dia transformasi Najib.  Sempoi sekali.
Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga.  Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi.

Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN?  Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat.  Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya

Photos taken from Harmoni magazine (Dec. 2010) in an interview with Datuk Maznah Hamid.
YAB Dato' Seri Najib's son; Mohd Nizar b. Dato’s Seri Najib married Datuk Maznah Hamid's daughter; Sharmila.user posted imageFrom left: Tun Rahah, Puteri Zainah Iskandar (Ex-wife Najib), Mohd Nasifuddin Mohd Najib, Datuk Maznah Hamid.
user posted image
From Left: Mohd Nasifuddin Mohd Najib, Puteri Zainah Iskandar (Ex-Wife Najib), Puteri Norlisa Mohd Najib, Sharmila (Isteri Nizar), Nizar Mohd Najib.

*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan