Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 17 Oktober 2011

Warga asing bakal usahawan negara

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
18 Dzu al-Kaedah 1432 / 16 Oktober 2011
Warga Asing Bakal Usahawan Negara !
Kursus usahawan jenis apa ni ? penuh dengan kawalan ketat pihak polis ?  kursus usahawan atom ke ? atau kursus usahawan untuk melahirkan pengusaha - pengusaha baru bagi memenangkan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang ? ]

Apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat sesuatu kenyataan ataupun pendedahan, semaksimum mungkin kenyataan dan pendedahan tersebut akan dinilai agar tidak terjebak dalam fitnah ataupun penyebaran berita palsu, malah ia terlebih dahulu dianjur berlandaskan fakta, bukti dan nas. Begitulah disiplin yang terpaksa dilalui oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia justeru setiap kenyataan dan pendedahannya akan senantiasa dipantau musuh politiknya dan pantas diseret musuh ke mahkamah andai ia adalah fitnah dan palsu.

Mutaakhir ini Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh Sdr Suhaizan Kaiat bersama Timbalannya Sdr Mohd Adram Musa, banyak membuat pendedahan berkait penyelewengan dan kepincangan sistem urus demokrasi serta sistem pengendalian pilihanraya. Pendedahan tersebut diurut dengan penyerahan memorundum kepada pihak berwajib seperti SPR dan JPN malah laporan polis turut dilakukan.

Sehingga kini Dewan Pemuda PAS belum disaman atau diheret ke mahkamah berkait semua pendedahan yang dibuat. Sebaliknya pihak SPR dan JPN hanya memberi jawapan melalui media dengan menafikan dakwaan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Lebih malang apabila penafian yang dilakukan itu sangat rapuh dan terkadang melucukan.

Sebelum ini SPR berulang kali menafikan dakwaan DPPM bahawa wujudnya nama pemilih yang bertindih, pemilih yang tidak dikenal pasti dan pelbagai lagi kekeliruan seperti mempunyai identity card yang hampir sama dalam keadaan yang sangat meragukan, tetapi beberapa hari selepas penafian dilakukan, 50 ribu senarai nama dikeluarkan dari senarai pemilih sedang sebelum ini kejadian seperti ini tidak pernah dilakukan sebaliknya nama pemilih hanya dikeluarkan apabila ianya dibantah dengan bayaran dan bantahan itu diterima.

Terbaru pihak Polis Diraja Malaysia pula dijangkiti sindrom penafian apabila  OCPD Sepang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan ic kepada240 warga asing dari Johor kononnya mereka dibawa ke Selangor untuk mengikuti Kursus Keusahawanan, sedang mereka telah berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS  dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort.
Setelah rakyat menyaksikan rendahnya tahap integriti Pengarah SPR dan Timbalannya, kini pihak PDRM pula merosakkan reputasi pihak keselamatan yang sepatut dan selayaknya menjaga kedaulatan dan keamanan negara bukan bersubahat dengan sindiket yang mengancam kedaulatan. Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk aqal. Warga asing diberi kursus keusahawanan ? inilah kali pertama saya mendengar dan melihatnya. Tapi dengan semangat Malaysia boleh, barangkali semua boleh berlaku. Asal mereka boleh buat penafian, mereka nafi walaupun dengan alasan yang mempersenda nilai intelek rakyat Malaysia.

Kursus usahawan jenis apa ni ? penuh dengan kawalan ketat pihak polis ?  kursus usahawan atom ke ? atau kursus usahawan untuk melahirkan pengusaha - pengusaha baru bagi memenangkan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang ?

Sebelum ini di Hotel Vistana Kuantan pada 28 September, satu Kursus Pemantapan Warga Pendidik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan bagi mengelabui pandangan umum sedang pengisiannya adalah untuk doktrin pemikiran para pendidik atau guru agar menyokong UMNO dengan pelbagai maklumat salah, fitnah dan palsu yang disogok.

Kini warga asing pula diberi kursus keusahawanan kononnya. Kementerian mana pula yang menganjurkannya ? untuk apa kursus itu ? sedang rakyat sendiri masih terkial - kial mencari modal untuk memajukan diri, tetiba warga asing mendapat peruntukan kursus keusahawanan, lawak jenaka atau drama komedi  genre apa yang sedang dilakukan oleh PDRM ini ?

Sektor mana warga asing akan jadi usahawan negara ? atau GLC mana yang warga asing ini akan kendalikan ?  atau syarikat korporat mana warga asing ini akan jadi pengusahanya ? atau untuk apa kursus keusahawanan itu ? atau untuk menipu ? menipu rakyat ! memperbodohkan rakyat ! atau mereka nak jual negara ini ? cagar kedaulatan negara semata - mata terdesak untuk menang pilihanraya ?

Rakyat perlu penjelasan yang meyakinkan, bukan alasan yang melucukan. Sudahlah sebelum ini negara telah gempar dengan kenyataan Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah dilulus menjadi warganegara, hanya dalam tempoh tidak sampai 4 tahun [iaitu 2008 - 2011]
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan