Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 17 Oktober 2011

Aziz Bari jawab salakan orang buangan PKR dan keldai Umno

PROF DR AZIZ BARI menjawab tuduhan dan tohmahan oleh keldai Umno dan Orang buangan PKR:

Sehingga ini saya masih tidak jelas apakah sebenarnya sikap Utusan Malaysia terhadap isu-isu Melayu dan agama itu. Apa pun saya tidak yakin dengan kegilaan yang Utusan pamerkan sekarang.



Saya terkejut bila Awang Selamat menghentam saya hari ini. Saya tidak anggap Zulkifli Nordin dan Ezam Mat Nor penting sangat, maklumlah mereka orang politik.


Kalau Awang sibuk sangat dan tidak berkesempatan untuk membuat rujukan ilmiah wawancara-wawancara semuka penuh dengan saya dengan akhbar beliau dalam antara 2008 dan 2010 itu sebenarnya sudah memadai untuk beliau memahami perspektif saya mengenai Islam, raja dan kebebasan beragama dalam perlembagaan kita.


Lebih menghairankan lagi saya telah banyak kali diwawancara oleh Mingguan Malaysia sendiri dalam isu-isu itu; beberapa kali selepas pilihan raya umum  2008.


Saya telah menghasilkan beberapa tulisan lain selepas itu termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan di dalam Perlembagaan yang diterbitkan oleh DBP pada 2002. Ia telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri pada bulan Disember 2002. saya juga telah menyentuh isu ini dalam tesis PhD saya yang bertajuk The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia yang dikemukakan kepada fakulti undang-undang Universiti Birmingham, England pada penghujung 1995.


Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.


Mereka boleh menilai segala tuduhan dan kecaman yang dilemparkan oleh Awang Selamat, Zulkifli, Senator Ezam dan kawan-kawan mereka kepada saya selama seminggu ini. Selain itu takkan mereka tidak pernah mengikuti kolum-kolum saya dalam akhbarSinar Harian (2008-2010) dan Sunday Sun (1996-1998) 
Saya masih ingat bertemu dengan seorang menteri Umno dalam penerbangan: beliau menyumpah mengapa orang bukan Islam dipaksa masuk Islam. Sedangkan dalam kes Lina Joy itu isunya lain: orang Islam yang masuk Kristian! Apa kataUtusan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan