Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kpg Baru KL tinggal warisan..jahanam kerja Nong Chik menteri perosak wilayah

entri ini dipetik dari tukartiub.blogspot.com menyuarakan kemarahan dan kebencian serta keresahan warga kampong baru, kl. Kpg baru hanyalah satu warisan melayu dikota Kuala Lumpur. Demi kebejatan pemerintah dan menteri  lancau yang menjaga wilayah memporakperandakan khazanah warisan melayu KL.


SELAMAT TINGGAL WARISAN



Assalamualaikum sdra2,

Harap dapat sebarkan PS yang dilampirkan.

Bro tt, harap tidak mengalihkan kemarahan Pemilik/Pewaris Kg.Baru kepada Ahli2 Parlimen yg tidak dapat hadir, kebiasaannya semua pembentangan Rang Undang2 dibuat dengan 2 kali bacaan, selepas yg pertama, yg kedua selalunya dibaca hari berikutnya. Jadi ramai juga Ahli2 Parlimen PR yg balik dgn anggapan akan disambung esok,
Saya sendiri telah pergi ke parlimen malam itu dan nampak ramai ahli gerombolan hanya datang & masuk dewan selepas YB2 PR pulang (pukul 9mlm pun ada yg baru datang, siang hari gerombolan tak ramai datang). Jadi saya nampak memang YB2 PR sudah kena serang hendap (AMBUSH).

Harap sdra2 dapat membantu dgn menumpukan serangan keatas Raja Bersiong & Gerombolan. Kami di Kg.Baru tetap akan lawan.

Wassalamualaikum




KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)

AKTA KAMPONG BHARU: TINDAKAN GELOJOH KERAJAAN DIKESALI

Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) kesal dengan sikap gelojoh dan tergesa-gesa Kerajaan yang meluluskan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 malam semalam tanpa memberi masa dan peluang langsung kepada pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu peluang untuk melihat sendiri kandungan Akta tersebut. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap rakus Kerajaan dan pihak-pihak yang berselindung di sebaliknya untuk mengaut kekayaan melimpah-ruah hasil daripada “pembangunan” Kampong Bharu kelak.

Isnin lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) dan terus membentangkan Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) yang baru dengan beberapa pindaan. Belum pun sempat pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu berpeluang memegang, meneliti dan berbincang berkenaan undang-undang yang bakal menentukan masa depan mereka itu, Kerajaan telahpun secara tergesa-gesa sehingga lewat malam tadi meluluskan RUU PPKB 2011 tersebut di Parlimen.

Apakah yang hendak dikejar sangat sehingga tidak ada ruang langsung untuk RUU PPKB 2011 tersebut dibincang dan diluluskan oleh orang-orang Kampong Bharu sendiri terlebih dahulu, sedangkan merekalah pihak yang terlibat secara langsung dengan apa saja bentuk pembangunan yang hendak dicadangkan. Mereka adalah pemilik dan pewaris asal tanah Kampong Bharu sejak 111 tahun lalu dan kini segala pandangan dan hak mereka ke atas tanah mereka sendiri telah dirampas dalam masa hanya beberapa jam sahaja.

Kerajaan menggunakan mekanisme undang-undang dan Parlimen dijadikan “rubber stamp” untuk menafikan segala hak pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu yang merupakan satu-satunya warisan tanah orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.

SPKB juga mempersoalkan penglibatan empat badan GLC yang diumumkan Menteri malam tadi iaitu Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad yang dikatakan akan terlibat dalam pembangunan Kampong Bharu ini. SPKB menegaskan, bahawa penglibatan badan-badan ini tidak pernah langsung dibincang dan didedahkan kepada masyarakat Kampong Bharu malah, pemilik dan pewaris tanah sehingga sekarang masih lagi ragu dan sangsi tentang kaedah dan bentuk pembangunan yang hendak dijalankan.

Bagaimanakah ia hendak dimulakan dan adakah ia akan melibatkan perpindahan penduduk ke tempat yang lain sepanjang proses pembangunan itu dijalankan ? Apakah status hakmilik tanah mereka akan berubah dan adakah hartanah Kampong Bharu ini akan terbuka untuk diurusniagakan kepada semua orang ? Apakah jaminan hakmilik tanah akan kekal di tangan mereka dan mengapakah Menteri mempunyai kuasa penuh dan mutlak ke atas tanah Kampong Bharu?

Semua perkara ini masih tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah dan secara tiba-tiba, Kerajaan telahpun meluluskan RUU PPKB 2011 malam tadi dan meninggalkan tanda-tanya serta kemarahan kepada sebilangan besar masyarakat Kampong Bharu.

SPKB menegaskan sekali lagi bahawa kami tidak menolak sebarang bentuk pembangunan di Kampong Bharu tetapi biarlah ia dibuat secara tertib, beradab dan menghormati pandangan dan cadangan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. Merekalah Tuan yang sebenarnya di Kampong Bharu ini, bukannya Menteri, orang-orang politik atau badan-badan korporat.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu

6 Oktober 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan