Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof ketika mendedahkan perkara itu berkata PERKASA dan kumpulan pelampau kanan yang lain begitu lantang menolak perlupusan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera untuk digantikan dengan peluang sama rata.
"(Cadangan ini) dibelasah dan dicerut oleh kumpulan sayap kanan yang diketuai oleh PERKASA. Mereka mahu membakar fasa satu (MBE).
"...PERKASA berkata kita tidak mempunyai roh Melayu,” katanya.
Bercakap pada forum anjuran badan pemikir, Ideas di Kuala Lumpur, Zainal Aznam berkata mematuhi tuntutan kumpulan kanan itu membuktikan jemaah menteri telah gagal dalam ujian mengenai pembaharuan.
"Ini adalah ujian litmus bagi kerajaan daan pada masa ini, saya terpaksa berkata tiada kemampuan atau keyakinan politik untuk berbuat demikian,” katanya.
“Saya ragu-ragu sertai NEAC… Saya mempunyai keraguan serius setakat mana kerajaan BN sanggup melakukannya ( untuk pembaharuan ekonomi).
“Sembilan daripada kami (ahli majlis) duduk berbincang dan memberikan cadangan kami, dan ini dilakukan dengan suntingan yang banyak dengan majlis dan sekretariat,” katanya sambil menambah sesetengah ahli jelas tidak berpuas hati dengan perlupusan ekuiti 30 peratus bumiputera.[mk]
nota:
kalau cerita P.Ramlie..perkasa ni sama dengan enam jahanam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan