Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 8 Februari 2011

jejantas berhawa dingin di kl rm10juta


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan meluluskan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan jalan utama di Kuala Lumpur dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.


Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".



Jejantas sepanjang 12 kilometer yang menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), komuter dan monorel dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Mengumumkan demikian pada Isnin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata jejantas itu kini dalam fasa kedua pembinaan.
Projek itu, yang dibiayai bersama oleh Petronas dengan sumbangan RM100 juta meliputi laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta.
"Antara jalan yang dihubungkan melalui jejantas ini ialah Jalan Kia Peng ke Jalan Raja Chulan seterusnya ke Jalan Bukit Bintang terus ke Jalan Imbi.
"Selain itu jalan yang turut dihubungkan ialah Jalan Perak ke Jalan Sultan Ismail ke Monorel Bukit Nanas serta dari LRT Ampang Park ke Masjid Assyakirin (di KLCC)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jejantas pejalan kaki antara Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Hotel Impiana KLCC sepanjang 142 meter.
Turut hadir Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir.
Sementara itu, Hashim berkata sebanyak RM10 juta telah digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.
Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai hari ini, adalah tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU).
Terdahulu, Ahmad Fuad menandatangani dan menerima dokumen bagi projek penyelengaraan fasa satu itu daripada KLCC Holdings.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan