Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 31 Januari 2011

Mesir Terus Bergolak

KAHERAH 30 JAN : Dilihat sebagai meredakan desakan rakyat, Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengumumkan pelantikan ketua perisikan Mesir, Omar Suleimen sebagai Timbalan Presiden iaitu jawatan pertama diwujudkan setelah 30 tahun pemerintahan Mubarak. 
Ada laporan mengatakan jumlah korban akibat tunjuk perasaan itu sudah melepasi angka 100 orang yang terbunuh.
"Omar Suleiman telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Hosni Mubarak," lapor agensi berita MENA. Susulan selepas itu, negara itu menyiarkan Omar selaku seorang jeneral tentera memberi tabik hormat kepada Mubarak setelah mengangkat sumpah jawatan itu.
Mubarak kian didesak agar berundur menerusi demonstrasi besar-besaran rakyat sejak Lima hari lalu sehinggalah bertukar menjadi ganas semalam.

Mubarak menolak untuk mewujudkan jawatan Timbalan Presiden sejak beliau berkuasa pada 1981. - AFP  

nota: Bangsa Melayu tidak seperti bangsa lain..mereka tidak memberontak walaupun dihinjak dan dihina..mereka hanya berani pada bangsa sendiri..mereka tidak ikut seperti bangsa lain..bangsa melayu hangat-hangat tahi ayam...nbangsa melayu suka diperbodohkan oleh bangsa sendiri...melayu hanya bangkit bila tak makan.bila cukup makan akan jadi ular sawa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan