HAKIM Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, (kanan) dan pasangannya Nurul Izani Md Isa didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di Georgetown, hari ini atas tuduhan berkhalwat di kuarters kerajaan pada 5 Disember lalu. - Foto Ramdzan Masiam
Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur, mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah,Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan di sini pada 5 Disember lalu.
Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di sini.
buat malu je..dah la hakim syariah plk tu..depa duk p tgkap org khlwat depat bt skali..astgfirullah awat la tua2 nk bt cm ni..mmg xboleh d prcyai..mnusia skrg mmg xboleh d percayai..memang!!..dunia akhir zaman katakan..masyALLAH..hampa semua boleh bohong kat org tpi xboleh selindung dengan ALLAH..ingatlah d mna2 kta berada ALLAH sentiasa bersama dengan kita..
BalasPadam