Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 6 Disember 2010

u-wei saari yang hanyut

U-Wei Perlu Dana Tambahan Untuk Siapkan 'Hanyut'


"Masalah yang saya hadapi adalah kekangan untuk melaksanakan proses kemasan itu. Kepakaran dan teknologi itu tidak terdapat di Malaysia, Thailand atau India sekalipun kecuali di Australia. Ia pula memakan bajet yang besar untuk dilaksanakan.Kata U-Wei, dana sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan di bawah Dana Industri Kreatif sebelum ini adalah tidak memadai untuk menghasilkan sebuah filem epik yang mencapai piawaian antarabangsa.

Walaupun Hanyut sudah siap sebanyak 75 peratus, baki 25 peratus itu perlu diisi dengan proses kemasan agar ia menjadi sebuah filem epik yang setanding filem antarabangsa.
"Saya akui filem itu sudah siap dan memang boleh dipasarkan. Namun, impian saya bukan setakat untuk menayangkan filem itu di Malaysia saja. Saya ingin membawa Hanyutke persada dunia dan festival-festival luar.
Filem yang diadaptasi daripada novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad itu menampilkan pelakon Australia, Peter O’ Brien (sebagai Almayer), pelakon handalan Indonesia iaitu El-Manik (Raja Ibrahim) dan Alex Komang (Sayed Abdullah), Khalid Salleh (Orang Kaya Tinggi), Sofia Jane (Mem) Diana Danielle (Nina), Adi Putra (Dain Maroola) dan Rahayu Saraswati (Taminah).

nota
wahai sang u-wei..rambut dah beruban tunggu botak la..
atau hanyutkan filem anda dimana-mana sungai diMalaysia jangan di sg ganges..
ha..ha..ha..merapu sungguh .pengarah melayu ni..
mana ada orang melayu nak tonton filem macam tu..
buat filem mesti ada sasaran pasaran untu dapat untung..
kalau tak mahu untung joinla dengan filem negara atau filem star atau filidelphia..kah..kah..kah....
kurang kurang macam dr rozmey yang bermimpi nak kutip 40 juta..
kalau  bajet  ciput toksahlah mengada-ngada..
sekurang-kurang nya macam filem antarabangsa "pasir Salak" arahan Jins Shamsudin
yang memenangi beberapa award filem terbaik di Hollowood..kah..kah..kah...
aduh..melayu..melayu..tak habis-habish..
krew-krew filem pun hanyut
payment..adus!....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan