Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 27 Julai 2010

kepala lembu: hukuman dijatuhkan Tuduhan dipinda, seorang dipenjara seminggu denda RM3,000



Seorang dipenjara seminggu dan didenda RM3,000 - selepas tuduhan dipinda - mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan 'kepala lembu' membantah pembinaan sebuah kuil di Seksyen 23 di sini tahun lalu.
Seorang lagi tertuduh dikenakan denda RM3,000 manakala empat yang lain dilepaskan.
Mereka sebahagian daripada 12 lelaki yang dikenakan tuduhan berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan tunjuk perasaan itu yang diadakan Ogos lalu.
Kumpulan 12 penunjuk perasaan ini mengaku bersalah apabila dikenakan tuduhan alternatif mengadakan perhimpunan haram.
Enam tertuduh yang lain didenda RM1,000 kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.
Terdahulu pagi tadi, kesemua mereka yang tahun lalu didakwa berhubung protes berkaitan kepala lembu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan alternatif menyertai perhimpunan haram.
Mereka sebahagian daripada sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan SUK) di sini dengan membawa kepala lembu pada 28 Ogos lalu untuk membantah pembinaan kuil di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Islam.
Mereka membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariamman berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 dan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.
Tertuduh terdiri daripada Ahmad Mahayuddin, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, Mohd Hilmi Ni, 40,Jainuddin @ Zainuddin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohamad Nordin Zakaria, 46, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39.
Ketika kes disebutkan di mahkamah pada tahun lalu, enam individu menghadapi pertuduhan terlibat dalam insiden memijak kepala lembu.
Ahmad Mahayuddin, Ibrahim, Eyzva Ezhar, Mohd Azmir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi mengaku tidak bersalah semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Hasbi Hasan.
Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam perhimpunan haram itu pada 2.25 petang, 28 Ogos.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.
Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim masing-masing merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan negeri Selangor memindahkan sebuah kuil itu di tempat dan pada masa yang sama.
Turut dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu ialah Jainuddin, Mohd Jurit, Mohamad Nordin, Jamil, Rahimuddin dan Azhari.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan