Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 28 Julai 2010

harussani tak faham politik, hassan ali diperbodoh


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno. Sehubungan itu, katanya tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik.


"Namun begitu, disebabkan dia (Harussani) tidak biasa dengan politik, maka dia sanggup menjadi orang tengah antara parti terbabit (PAS dan UMNO), di sini silapnya, mana boleh jadi orang tengah (bagi isu ini).


Sementara itu Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad terus mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali supaya menyaman Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno.

Khalid berkata, tindakan itu perlu diambil supaya "keikhlasan dan ketelusan" exco kerajaan Selangor itu tidak dipersoalkan oleh ahli PAS.

"Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Tan Sri Harussani disegerakan oleh pihak Datuk Pesuruhjaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reda ditipu sebegini rupa oleh Umno dan konco-konconya," katanya.

Bagaimanapun, Khalid mendakwa Hasan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS telah melakukan "kesilapan" kerana "membenarkan dirinya ditipu oleh seorang mufti Umno/BN yang tegar".

"Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan.

"Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, stupidity is not a crime (kebodohan bukanlah jenayah)," katanya.
-----------------------------------
STUPID  IS STUPID
MAKNA BODOH IALAH BANGANG

ORANG BODOH BERANGGAPAN MELAYU IALAH ISLAM, ISLAM ITU MELAYU
-----------------------------------




KUALA LUMPUR, 28 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan perpaduan Melayu.


Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
“Saya sebut Hasan sebab beliau mengakui sendiri jumpa saya, sebab itu saya boleh cakap,” katanya.
“Kebetulan beliau ahli PAS, ada juga ahli Umno datang jumpa saya berbincang soal ini. Mereka tanya jalan penyelesaian perpecahan orang Melayu.
“Yang lain saya tidak mahu cakap, nanti mereka bergaduh sesama sendiri pula.
“Sebelum ini pun saya cuma kata ada orang PAS jumpa saya, ada orang Umno dan ada juga NGO jumpa saya, itu sahaja. Jadi kalau anda hendak korek usahlah nak korek,” katanya ketika ditemui
“Saya tidak tahu kenapa mereka datang cari saya, mungkin sebab saya paling lantang bercakap?” kata Harussani.
Hasan membuat kenyataan pengakuan terbuka Sabtu lalu.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
Harussani berkata beliau hanya mahu menyatukan orang Melayu berlandaskan agama Islam.
“Perbezaan pendapat itu biasa berlaku, mengapa kita hendak menghancurkan bangsa sendiri hanya kerana ideologi yang berbeza? Sedangkan saya melihat matlamatnya sama iaitu mempertahankan orang Melayu dan juga Islam,” katanya.

Harussani: Sedangkan saya melihat matlamatnya sama iaitu mempertahankan orang Melayu dan juga Islam. - Gambar oleh Choo Choy May
“Saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang tidak mustahil orang Melayu akan jadi minoriti.
“Sekarang ini kita hanya ada 55 peratus, itu termasuk Sabah dan Sarawak.
“Kalau tiada Sabah dan Sarawak kita sudah jadi minoriti. Sudahlah jadi minoriti, kita berpecah pula dan tidak mustahil orang Melayu akan hancur,” katanya
“Kalau pilihan raya umum lalu sudah menjadi kacau, pilihan raya akan datang saya melihat lagi kacau.

Harussani: Saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang tidak mustahil orang Melayu akan jadi minoriti. - Gambar oleh Choo Choy May
“Walaupun orang Melayu masih ramai dalam Parlimen tapi adakah masih majoriti?

“Tidak ada majoriti, hari ini Barisan Nasional (BN) pun tidak cukup dua pertiga. Kalau BN yang campur tiga bangsa pun tidak boleh, orang Melayu macam mana?” tegasnya.
Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”





SARANAN KEPADA HARUSSANI JIKA BERMINAT BERPOLITIK MASUK PAS LAH..
TERNYATA PERJUANGAN BERLANDASKAN ISLAM. 
ISLAM BUKAN UNTUK MELAYU SAHAJA....
HARUSANI KENA LEBARKAN PEMIKIRAN...
KENAPA PERTIKAIKAN PERJUANGAN PAS..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan