Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 2 Jun 2010

Israel jumpa parang dalam kapal Mavi Mamara







i
GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan tentera Israel mempamerkan senjata-senjata yang dirampas di atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara.


BAITULMUQADDIS – Tentera Israel menyiarkan satu rakaman klip video yang menunjukkan sejumlah senjata yang didakwanya ditemui semasa serbuan berdarah ke atas sebuah kapal misi bantuan antarabangsa yang menuju ke Genting Gaza, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara senjata yang didakwa dirampas semasa serbuan kelmarin itu termasuk sejumlah bahan letupan, pisau, parang, lastik dan topeng gas.
Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan anggota-anggota komando melakukan serangan di atas kapal Mavi Marmara kelmarin dengan alasan mereka telah diserang terlebih dahulu.
Tentera Israel mendakwa senjata itu ditemui di dalam kapal tersebut yang mengikuti pelayaran konvoi ke Gaza.
Rejim Zionis menyatakan, senjata-senjata itu digunakan terhadap anggota-anggota tentera laut ketika mereka memasuki kapal tersebut.
Tentera Israel menyatakan seramai sembilan aktivis dibunuh semasa serbuan tersebut manakala 40 yang lain cedera. –
Agensi

Ehem...ehem..ini taktik israel rupanya..kononnya ada jumpa parang...dan  diserang dahulu...
psss...selalu jumpa parang.
ini parang dari mana..?
rakyat malaysia sudah faham.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan