Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 7 Mei 2010

Parti Konservatif menang pilihanraya Britain


Konservatif menang pilihan raya Britain


2010/05/07

LONDON: Parti Konservatif mendahului untuk mengambil alih kuasa selepas memenangi paling banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya Britain paling sengit dan pada dasarnya sudah mendapat sokongan parti ketiga terbesar.

Walaupun gagal mencapai majoriti mudah dalam House of Commons dengan 650 kerusi itu, parti Konservatif mendahului selesa di depan parti Buruh.
Daripada 629 keputusan yang sudah diumumkan setakat ini, parti Konservatif memenangi 297 kerusi diikuti parti Buruh (252) dan Liberal Demokrat (53).


Pemimpin Konservatif, David Cameron, akan menggariskan perancangannya dalam satu kenyataan hari ini.

Parti itu menyatakan Cameron akan "menggariskan bagaimana beliau akan membentuk kerajaan yang kuat dan stabil dengan sokongan meluas yang akan bertindak untuk kepentingan nasional".

Perdana Menteri Gordon Brown belum lagi mengaku kalah dan dilaporkan akan cuba membentuk kerajaan dengan sokongan parti lain.

Brown bercadang berucap sebelum pengumuman Cameron dan satu sumber menyatakan beliau tidak akan mengumumkan peletakan jawatannya. - Reuters 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan