Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 7 Mei 2010

KICKDEFELLA: Husam Musa orangnya

Kickdefella Dedah Nama Husam Disebalik GMC

Nama Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akhirnya dikaitkan secara langsung dalam isu kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) oleh penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella.
Syed Azidi dalam entri terbaru blognya mendakwa Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan mengetahui secara jelas berhubung GMC yang dijadikan pusat operasi gerak saraf PAS untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan parti itu di Kelantan.
Syed Azidi juga mendakwa beliau pernah diarahkan oleh Husam supaya memaklumkan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa GMC adalah kepunyaan Menteri Besar Kelantan itu.
Jelas Syed Azidi, persoalan mengenai pemilikan GMC diajukannya kepada Husam beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila Nik Abdul Aziz dijadualkan untuk mengadakan satu sidang media di studio GMC.
Memandangkan Nik Abdul Aziz akan membuat kunjungan kali pertama ke GMC, Syed Azidi berkata beliau telah mengajukan soalan kepada Husam mengenai pemilikan agensi berkenaan.
"Kalau Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?" tanya Syed Azidi kepada Husam.
"Kata ini hok (hak milik) Tok Guru,” itu arahan daripada Husam menurut Syed Azidi yang dipetik dalam blognya http://kickdefella.wordpress.com/.
Menurut Syed Azidi, beliau tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam.
Bukan itu sahaja, dakwa Syed Azidi, nama GMC juga disebut beberapa kali dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bagi menaikkan imej seseorang.
"Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula GMC kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya," kata bloger itu lagi.
Syed Azidi baru-baru ini mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk bersama mengendalikan sebuah operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan pentadbiran Kerajaan Pusat.
Katanya lagi, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa juga pernah menghadiri taklimat media PRU-12 di GMC.
"Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya," katanya sambil mendakwa Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan juga pernah menghabiskan masa di GMC.
Malah dedah Syed Azidi, Takiyuddin pernah mengumumkan bahawa Majalah Kelantan Gateway milik kerajaan negeri diterbitkan dengan kerjasama sebuah syarikat milik kerajaan Kerajaan Negeri iaitu GMC.

1 ulasan:

  1. melayu ni cakap tak serupa bikin,bodoh sombong..
    isunya duit 4 juta sapa bagi dan mangkuk ni buat apa dengan duit tu...
    setakat pejabat tu,kenapa tak bagitau orang kampung pun ada pergi juga,dah nama pun pejabat.apa la bodoh sangat mangkuk tu..
    cuba bagitau orang yang bagi duit tu bukan cakap berbelit2 macam lidah baiwak..
    cuba bagitau apa dia buat untuk perang saraf tu.setahu gau dia ni teloq pun tak dak penakut.mana ada dia buat artikal atau buat apa2 nak pejatuh sapa2.yang eden tau dia ni jilat buntut lagi ada leee...
    heee...heee...heeee...
    kaki bodek suruh lancar perang saraf..dia pergi ampu,bodek jilat buntut paklah ada lee.

    BalasPadam