Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 10 Mei 2010

Mutakhir: Penembak Aminurashid dihadap mahkamah hari ini


MONDAY, MAY 10, 2010


Mutakhir: Penembak Aminurashid dihadap mahkamah hari ini

Koperal Jenain Subi ,48, ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini yang dituduh menyebabkan
 kematian selepas tertembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11 Shah Alam,
 bulan lepas. Jenain mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah 
Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. 
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 
dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes.- Foto BERNAMA 


Seorang anggota polis koperal Jenain Subi 48 ,dihadap di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada kira-kira jam 12 tengahari ini dituduh menyebabkan kematian dengan cuai mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerhubung kematian adik Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu.


Jenain tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan.
Hakim M Gunalan membenarkan Jenain diikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

________________________________________


'Boleh tembak jika diserang penjenayah'

Anggota polis hanya boleh melepaskan tembakan jika diserang penjenayah
 ataupun ketika cuba menangkap suspek kes jenayah berat yang melibatkan 
kesalahan boleh dihukum mati seperti mengedar dadah.


Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa),
 Mohd. Jamil Mohd. Hassan menjelaskan, bagi bukan jenayah berat,
anggota polis cuma boleh menggunakan kekerasan yang munasabah tetapi
tidak sampai membawa maut bagi menangkap suspek.

"Jika mengikut perintah sedia ada, tembakan ke udara juga tidak dibenarkan
 tetapi ada juga anggota polis yang buat. Kita tidak tahu di mana peluru itu
akan turun dan ini boleh membahayakan sesiapa sahaja yang
berhampiran," katanya

setiap butir peluru itu 'berhantu' dan akan mencari mangsanya
 selepas tembakan dilepaskan.

 Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri menegaskan,
 garis panduan melepaskan tembakan sudah ada melalui perintah tetap
 Ketua Polis Daerah, Negeri dan Ketua Polis Negara.

tembakan amaran juga bukan satu kebiasaan dan tidak boleh dilepaskan
 secara membuta-tuli memandangkan tindakan itu cuma sebagai peringatan
 terhadap penjenayah yang cuba mengancam polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan