Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 11 Mei 2010

Ghafur Salleh letak jawatan?


 KUALA LUMPUR 11 Mei — Speaker Dewan Rakyat 

Tan Sri Pandikar Amin Mulia 

mengesahkan Ahli Parlimen Kalabakan dari Barisan Nasional BN 

Datuk Abdul Ghapur Salleh masih merupakan anggota Dewan Rakyat

 “Saya tidak menerima surat letak jawatan daripada Ghapur jadi beliau

 masih lagi ahli Parlimen yang sah “Selain itu saya tidak tahu

 mengenai beliau yang mahu meletakkan jawatan dan melepaskan

 kerusi Parlimen Kalabakan ” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider

 hari ini Ghapur wakil rakyat dua penggal dilaporkan ada menghantar surat 

letak jawatan kepada Speaker akhir Mac lalu tetapi ia ditarik balik selepas

 Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN

 meminta beliau menarik balik surat tersebut Pemimpin Umno itu

 dikatakan berbuat demikian selepas dilabelkan sesetengah pihak

 bahawa beliau merupakan “orang Anwar” Malah pada pertengahan

 Mac lalu Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim 

mendakwa Ghapur merupakan salah seorang daripada lapan wakil 

rakyat diumpan untuk menyertai pelan rancangan Datuk Seri Anwar

 Ibrahim mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 

Mengulas lanjut isu itu Pandikar berkata sebarang pertanyaan 

mengenai peletakan jawatan Ghapur perlu ditanya kepada empunya diri

 “Tanya beliau sama ada sudah meletakkan jawatan ataupun tidak

 “Selain itu tanya juga mengapa beliau mahu meletakkan jawatan

 Jangan tanya saya yang tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini ” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan