United States Senate Committee on Foreign Relations WASHINGTON, DC
WASHINGTON, D.C. – Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) released the following statement today about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim:
“I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim.
“It has been over a decade since Anwar’s first trial, on charges that were later overturned by the Federal Court. The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Mr. Anwar’s resumption of his role as elected Member of Parliament and leader of the parliamentary opposition. I urge the Malaysian government to accord Mr. Anwar every legal protection to which he is entitled as a Member of Parliament and as a citizen – and to settle his case in a manner that builds confidence in the impartiality and credibility of the Malaysian judicial system.”
http://kerry.senate.gov/cfm/record.cfm?id=322262
----------------------------------------------
66,000 warga Sarawak tiada kerakyatan
Kira-kira 66,000 penduduk Sarawak terutamanya di kawasan kampung masih belum memiliki kad pengenalan atau sijil lahir, mengakibatkan kelayakan mereka sebagai pengundi dihilangkan begitu sahaja
Setelah diperingatkan berkali-kali oleh SUHAKAM, media dan NGO, Jabatan Pendaftaran Negara akhirnya menyatakan bahawa pihak mereka akan mempercepatkan langkah Unit Khas Pendaftaran Bergerak di Sarawak, untuk mendaftarkan 66,000 warga Sarawak tersebut.
Malah, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein (gambar kiri) telah melawat ke Long Kevok, kawasan hulu Sungai Baram yang menjadi tempat duduk orang Penan pada 10 Disember 2009, untuk memberikan 25 kad pengenalan kepada penduduk yang sudah lama memohon. Dalam aktiviti yang lebih tebal sifat "lakonan"-nya ini , beliau memberikan had masa dua tahun kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan golongan yang tidak memiliki kad pengenalan dan sijil lahir di Sarawak.
Tekad Hishammuddin Hussin dan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dialu-alukan, tetapi keikhlasannya dipersoalkan. Ketua Pengarah Pendaftaran memberitahu saya bahawa sejak Unit Khas Pendaftaran Bergerak tersebut ditubuhkan, mereka telah berjaya mendaftarkan lebih daripada 3,000 orang kaum asli di Sarawak, dengan sebahagian besarnya terdiri daripada orang Penan.
1 hari: 7 orang didaftarkan
Tetapi, menurut perhitungan koordinator MEO-NET, Ong Boon Keong , seandainya Jabatan Pendaftaran Negara melanjutkan usaha ini dengan kadar sedemikian, iaitu 7 orang sehari, maka mereka memerlukan 24 tahun untuk menghabiskan pendaftaran 66,000 orang. Jabatan Pendaftaran Negara yang mendakwa untuk mencapai matlamat "pendaftaran 66,000 orang" dalam tempoh dua tahun kini memerlukan peruntukan, tenaga kerja dan efisiensi 12 kali ganda untuk mengelakkan janji Hishammuddin berakhir sebagai "mission impossible" yang melucukan.
Walaupun Ketua Pengarah Pendaftaran Negara "mengalu-alukan penyertaan NGO untuk membantu dan memantau" ketika temuramah bersama saya, tetapi sehingga kini, mereka bukan sahaja belum memperolehi peruntukan dana untuk kerja pendaftaran seterusnya, malah juga tidak meminta bantuan daripada NGO yang sedia menolong. Lebih-lebih lagi, keikhlasan beliau dipertikai kerana dalam tempoh hampir dua bulan, Ketua Pengarah dan unitnya gagal meluangkan masa untuk menemui anggota MEO-NET yang telah mengkaji dan menyiasat secara rapi warga Sarawak yang tidak berdokumen.
Dalam satu soal selidik secara rambang oleh MEO-NET di tujuh kawasan hulu Sungai Baram, antara 15 hingga 20 November 2009, daripada 103 orang yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi, 84 orang memberi alasan tiada kad pengenalan. Kelumrahan fenomena ini sebenarnya merupakan satu tamparan buat demokrasi Sarawak.
Sarawak bakal mengadakan pilihan rayanya selewat-lewatnya tahun 2010. Seandainya negeri tersebut gagal mendaftarkan lebih ramai pengundi yang sudah layak dari segi umurnya, maka ia bermakna legitimasi demokrasinya hanyalah 50% atau lebih rendah. Dengan kata lain, masa depan Sarawak, malah seluruh Malaysia dikawal oleh penduduk bandar yang berdekatan dengan institusi kerajaan dan sumber.
Masyarakat sivil tanpa hak sivil?
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan hak kerakyatan dan hak mengundi sebagai hak asasi manusia oleh mana-mana warga negara. Seandainya sesebuah kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk membekalkan kedua-dua hak ini kepada warganya, maka kerajaan ini bukan sahaja tidak memenuhi tanggungjawab dan kewajipannya sebagai kerajaan, malah menjadi perampas hak asasi rakyatnya
ditulis oleh: Chou Z Lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan