Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 30 September 2009

bahasa Melayu bahasa dunia

Kewujudan Manuskrip Risalah Hukum Kanun membuktikan dengan jelas bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa dunia yang turut dipelajari oleh golongan bukan Melayu.
Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Adi Yasran Abdul Aziz berkata, hakikat itu dibuktikan dalam manuskrip tersebut yang dihasilkan lebih 40 versi hingga kini dan masih tersimpan di luar negara.
Beliau berkata, antara negara yang menyimpan manuskrip itu ialah Belanda, Itali, Jerman, Indonesia, Brunei dan Malaysia.
"Manuskrip itu digunakan oleh para sarjana Barat untuk mengetahui tentang kekuatan, jati diri dan budaya Melayu.
"Kewujudannya jelas membuktikan bahasa Melayu adalah salah satu bahasa dunia dan mereka boleh membaca Manuskrip Risalah Hukum Kanun yang ditulis dalam tulisan Jawi.
"Malah pada satu persidangan bahasa baru-baru ini, para sarjana terbabit boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Bila ditayangkan, mereka boleh membaca manuskrip dalam tulisan jawi dengan lancar," katanya.
Adi Yasran berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Manuskrip Hukum Kanun Aspek Kosa Kata dan Sistem Tulisan Sebagai Wahana Penyebaran Ilmu' pada Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Beliau berkata, menerusi manuskrip itu bahasa Melayu jelas sebagai wahana penyebaran ilmu dengan kosa kata banyak dalam bahasa Arab kerana undang-undang yang ada dalam kanun itu berteraskan undang-undang Islam.
Sebagai contoh, katanya, mereka memulakan penulisan atau pembicaraan dengan bismillah yang membuktikan orang Melayu tidak pernah memisahkan jiwanya dengan Islam.
"Kita juga dapati bahasa Melayu sentiasa berkembang dan sedia menerima perubahan demi kebaikan iaitu pada peringkat awal mereka menggunakan waktu sekadar selepas subuh, zuhur, asar dan isyak.
"Tetapi apabila masa berlalu, mereka kemudian menukarnya pada waktu yang tepat iaitu pukul 6 pagi, 2 petang atau 10 malam," katanya.
Mengenai slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa', Adi Yasran berkata: ''Ia menterjemahkan tulisan jawi adalah jiwa bangsa Melayu. Jawi melambangkan jati diri Melayu''.
Namun beliau kesal kerana selepas negara mencapai kemerdekaan, tulisan jawi ditukar kepada rumi sedangkan pada abad ke-16, 17 dan 18, bahasa Melayu berada di kedudukan kelima bahasa dunia.
Sehubungan itu beliau berharap kerajaan dapat menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam urusan pentadbiran negara sesuai dengan slogan 'Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebanggaan' bagi memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. utusan Malaysia
   

bandar tentera darat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Port Dickson yang terkenal sebagai bandar peranginan dijadikan Bandar Tentera Darat. -utusan malaysia


nota:
istiharkan lah apa saja...bandar tentera darat ke bandar darurat ke...malaysia boleh!

1 malaysia kena kelentong

(laporan bahasa Melayu- petikan Mstar)


KERAJAAN CARI JALAN KURANGKAN PERBELANJAAN -mstar
Kerajaan sedang mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaannya, kata Najib Razak.
Meskipun mungkin terdapat sedikit pengurangan dari segi perbelanjaan operasi, ia tidak akan menjejaskan kecekapan kerajaan, kata beliau pada sidang akhbar selepas diberi taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara, di sini, hari ini.

(laporan bahasa Inggeris -petikan Malaysia Insider)
GOVERNMENT TO PUMP RM1BILION MONTHLY TILL 2010 - malaysian insider

The government will spend an extra RM1 billion per month till the end of 2010 in a bid to bolster the country’s economy,i Najib Razak said today.

He added, however, that there might be a slight reduction in government expenditure overall next year. Najib says he was mindful that the budget deficit has to be reined in by making subsidies more targeted to those who deserve it and by expanding the tax base, possibly by reviewing the amount of incentives in the upcoming budget.


nota:
sah... melayu kena kelentong....kena tipu.... kena perbodoh!
sebab melayu mangkok hayun...minta subsidi...
laporan bahasa melayu kata pengurangan  perbelanjaan...
laporan  bahasa inggeris tambahan 1 billion perbelanjaan...
sebab berita bahasa inggeris dibaca bukan melayu..tokan tokey cukong..cukang
1 malaysia kena tipu...satu projek mendangkalkan melayu!
temberang...kelentontong...auta..tipu..tipu...

Isnin, 28 September 2009

Temberang wak muhyidin


Dasar Pendidikan Negara Bantu Ringankan Beban Ibu Bapa - Muhyiddin
Dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya mengurangkan beban ibu bapa dalam menanggung kos pendidikan anak-anak mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Perkara ini diberitahu dalam satu taklimat kepada saya, saya tanya mengapa perkara ini tidak diberitahu kepada rakyat?kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau juga mengumumkan bajet sebanyak RM3.8 juta untuk memperbaiki 21 buah sekolah yang sudah uzur termasuk sekolah Cina dan Tamil di Bagan Pinang.

-- BERNAMA

nota:
Aduhai wak muhyidin..kok nak jual temberang lagi.
temberang wak ni buat aku cirit birit..
.perut makin sempit sebab ikat perut nak bagi anak sekolah

Apa itu dasar pendidikan negara:
1. Kurangkan kemasukan anak melayu ke IPTA
2. wujudkan banyak kolej swasta yang yurannya boleh pinjam Gomen

3. Mansuhkan Biasiswa wujudkan pinjaman PTPTN serupa ceti makan riba.
4. Yuran sekolah hantam kaw-kaw
5. Bongokkan orang melayu jangan faham pelajaran matematik dan sains.
   (dicadangkan bahasa jawa untuk bahasa penghantar)
6. Wujudkan kursus-kursus  pengajian di IPT (kursus tah apa-apa tah) yang tak menjamin masa depan asal boleh  masuk IPT. soal yuran pinjam PTPTN dan bayar bunga! Habis belajar tanam anggur!
Inilah antara intipati dasar pendidikan negara yang orang melayu boleh faham kalau tak faham jangan jadi melayu.
Ibu bapa yang tak reti-reti nak ikat perut  untuk sekolahkan anak makanlah biji getah dengan serong kelapa sawit!

Lembu ke SUK selangor lagi



BANTAH: Kira-kira 40 ekor lembu, kambing dan kerbau dibawa lebih 70 penternak yang tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan Selangor yang didakwa tidak mempedulikan nasib dua penternak yang mengalami kerugian selepas ban di tapak pelupusan di Sungai Tua, Batu Caves, pecah, Khamis lalu. Perbuatan ahli Persatuan Ruminan Selangor itu menyebabkan jalan menghala ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sesak berikutan penternak meletakkan lori berisi ternakan di tepi jalan. - Berita harian


nota:
Lembu-lembu ni suka nak jumpa MB Khalid
sejak Khalid derma dan korbankan lembu
Lembu-lembu ni telah mengarahkan tuan-tuannye agar 
berterimakasih dengan MB Khalid.
MB Khalid menjadi popular dikalangan lembu. Ada yang menawarkan diri 
untuk dikorbankan pada raya haji tahun ni.

Ahad, 27 September 2009

PERKASA BUKAN UNTUK MELAYU

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)  tidak untuk orang melayu.
Untuk apa pertubuhan ini? pembodek, pengampu, pencetus keberantakan.
Apa matlamat pertubuhan ini? menunjukkan kegagahan dan keperkasaan sebagai mewakili kaum melayu? bangsa melayu? atau sebagai sebuah organisasi yang terlompat-lompat mencari tempat dihati orang melayu. Namanya saja tidak semesti untuk orang melayu. Pribumi yang dimaksudkan barangkali orang sakai, senoi, jakun, iban kadazan atau sesiapa yang merasakan dirinya pribumi.
Siapakah yang menganggotai Perkasa? tidak jelas. Yang pasti mereka yang mencari kepopularitian melalui NGO.
Pertubuhan ini tidak sepopular mana yang popular presidennya yang sedang mengalami krisis identiti.
Tidak lah boleh dianggap pertubuhan ini sebagai mewakili suara orang melayu.
Soalnya Perkasa cenderung keatas sesuatu isu yang polemik dan menyuarakan pandangan yang menjengkelkan. Mutakhir ini Perkasa menonjolkan kejagoannya. Kabur untuk didefinasikan.
Orang Melayu, bangsa melayu disarankan bersama Perkasa jika ia benar-benar memperjuangkan mentaliti melayu, kepentingan melayu, budaya melayu dan hak melayu bukan pejuang sembrono.

menteri tak kenal aurat


Tidak Ada Sebab Untuk Halang Beyonce Adakan Persembahan. - kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan ucapan penting pada majlis itu yang juga menjadi lambang 1Malaysia," .- kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
-- BERNAMA


Nota:
Menteri yang jaga kebudayaan Melayu ni dah nyanyok dan sengal  
Nampak anu baru dikata aurat!
Letihnye kalau menteri tua tak kenal aurat. 
Hancur budaya melayu dijaga menteri ni.

Melayu kena jajah lagi

Timbalan Setiausaha Negara Amerika James B. Steinberg akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Kuala Lumpur mulai Ahad.
"Lawatan kerja oleh Steinberg ini menggambarkan kekukuhan kerjasama dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika," menurut kenyataan itu.]
Steinberg yang diiringi oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Negara, Jabatan Pertahanan, dan Direktorat Risikan Nasional Amerika dijangka membincangkan isu-isu utama berkaitan hubungan dua hala, serantau dan kepentingan antarabangsa dalam lawatannya itu.

-- BERNAMA


Nota : 
Orang putih datang berhari raya dengan melayu
Zahid Hamidi pun dia nak jumpa?

TOL yang tolol

Tol percuma hari khamis MTD...penipu!
Penulis masuk tol gambang/kuantan jam 1.00pagi 24 Sept. ke Karak (k.Lumpur)"hari ni tol percuma bang!" ujar jurutol ketika hulur tiket.
kerana penat mengantuk saya berhenti-henti di R & R seketika. lebih kurang jam 6 pagi sampai di tol karak. hulur tiket "19.50 sen bang" jurutol minta bayaran. 'Ait kata free?..saya kehairanan. 'sampai 5 pagi je bang".jelas juru tol.

nota:
Mak datok konfius jugak atau info kurang...
Apa pun rasa tertipu...Melayu terkena lagi!

Sabtu, 19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Diucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pembaca.
Muslimin dan Muslimat terutamanya orang melayu. Sambutlah hari raya dengan 
kegembiraan bukan berdukacita. Maaf zahir dan batin.

Khamis, 17 September 2009

Polis Indonesia Sahkan Noordin Mohd Top Ditembak Mati

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di negara ini, Noordin Mohd Top mati ditembak dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, awal pagi Khamis.

Katanya polis berani mengesahkan bahawa lelaki itu ialah Noordin berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.-BERNAMA


nota:
seorang melayu dah kojol

Kena tipu lagi


UNGKU AZIZ : PERJUANG MELAYU TULEN 

Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, pasti akan dikenang sebagai orang yang paling banyak memperjuangkan nasib orang Melayu

Oleh sebab itu setiap kali berbicara mengenai masalah pokok orang Melayu, jawapan ringkas yang pasti akan diberikannya ialah kemiskinan dan baginya jalan keluar daripada terus dibelenggu masalah ini pula ialah pendidikan.

Walaupun usianya sudah mencecah 87 tahun, tidak pernah terlintas dihatinya untuk berhenti daripada mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda orang Melayu terutamanya masalah kemiskinan..-Mstar

sila pergi ke lebai google dan cari berapa buah kang kong ini ada tulis buku.
sila pergi ke mph borders popular konikuya – cari kalau ada buku munkee ni
munkee ni declare telah baca 7000 buku… tapi satu habuk buku tarak
berapa banyak projek buku munkee ni dah heboh satu tunku pun tarak kah kah kah -(Tukar tiub)



nota:
Aiit...pak engku pun kencing jugak? ....apasal join group kangkong kenapa tak jadi bayam...
boleh jadi popeye...
sudahlah.....tak habis-habis bodohkan melayu
cerdik pandai melayu ni kononnya bijaksana tapi ...menyesatkan otak melayu
projek mendungukan melayu... 

Tak guna punya melayu

SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi

"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.-Mstar


nota:
inilah melayu bangsat..setan melayu....rasul tahi kucing 

Isnin, 14 September 2009

Kerajaan Pusat Terima Tuntutan Royalti Minyak RM1 Bilion Dari Kelantan

Kerajaan Pusat telah menerima permohonan dari kerajaan negeri Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak sebanyak RM1 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

-- BERNAMA

nota: bila nak bagi.?...jangan kencing...pusing-pusing cakap.
Kelantan ni rata-rata orang melayu bukan penang
Kat malaysia ni mana negeri pengeluar minyak, negeri tulah yang paling miskin..
Jawab..jawab...kenapa..kenapa...

NAFSU DIBULAN RAMADHAN

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 25 kes tangkapan khalwat membabitkan 50 pasangan bukan muhrim dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di seluruh negeri ini sehingga 17 Ramadan lalu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata,“Kes tangkapan khalwat terutama pada Ramadan tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi impak negatif dan memalukan imej umat Islam.-sinarharian


nota :umat islam dimaksudkan tu orang melayu ke?...
ada masaalah gapo cik abe....tok leh gi laut tangkap ikang....
naik belake....dok buleh tahe huh!

Sabtu, 12 September 2009

UMNO/ BN rasuah tamak kuasa

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.
Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat. .-harakahdaily

nota: chedet cakap betul...dah lama dah...


Jumaat, 11 September 2009

Siapa yang kena

Saman RM218 Juta Terhadap Umno Batal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman RM218 juta oleh pembekal bahan kempen pilihanraya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap Umno.

Hakim Anantham Kasinater berkata, beliau berpuas hati bahawa permohonan itu tidak mempunyai asas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Mahkamah, katanya, berpuas hati bahawa ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut.-tvantara

nota: siapa yang kena?

Inilah melayu.


nota:
inilah orang melayu bersongkok atau berkopiah bersampin atau berjubah.
nampak macam dua jenis suku  melayu kan?

mahathir orang india?

Tukar Tiub menegaskan sekali lagi di sini bahawa adalah hak mutlak Mahathir Muhamad untuk memberi pandangan kerana Mahathir sendiri ketika di temui bual oleh Riz Khan dalam Al-Jazeera telah mengakui bahawa dia juga orang India.- (dipetik dari blog tukar tiub)


nota: 
terkejut badak aku dibuatnye....sumpah aku tak tau!

Khamis, 10 September 2009

Melayu jangan jadi bodoh

wahai orang melayu!
jangan jadi bodoh
bodohkan Melayu ialah ketuanan melayu
sampai bila orang melayu jadi sengal
selagi bertuankan melayu dajal
Merdekakan melayu dari jajahan
kepala otak dan kehidupan
kenapa seronok diperkudakan
oleh bangsat-bangsat melayu
Melayu malaysia bukan melayu Afrika
bukan melayu diluar peta
Melayu jangan jadi bangang
maruah jangan didagang
Melayu jangan berlagak
jika hanya jadi juak
celaka melayu tak guna otak
berak dan menyalak
melayu yang berketurunan
mana nafsu mana iman
bertindak diluar kawalan
Melayu asal mana
Tanah Melayu atau Malaya 
Keris senjata dipuja
sampai mana sampai bila
Melayu...melayu
Jangan Layu
bebaskan  roh dan jasadmu
Merdeka Melayu!!!!