Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 28 September 2009

Temberang wak muhyidin


Dasar Pendidikan Negara Bantu Ringankan Beban Ibu Bapa - Muhyiddin
Dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya mengurangkan beban ibu bapa dalam menanggung kos pendidikan anak-anak mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Perkara ini diberitahu dalam satu taklimat kepada saya, saya tanya mengapa perkara ini tidak diberitahu kepada rakyat?kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau juga mengumumkan bajet sebanyak RM3.8 juta untuk memperbaiki 21 buah sekolah yang sudah uzur termasuk sekolah Cina dan Tamil di Bagan Pinang.

-- BERNAMA

nota:
Aduhai wak muhyidin..kok nak jual temberang lagi.
temberang wak ni buat aku cirit birit..
.perut makin sempit sebab ikat perut nak bagi anak sekolah

Apa itu dasar pendidikan negara:
1. Kurangkan kemasukan anak melayu ke IPTA
2. wujudkan banyak kolej swasta yang yurannya boleh pinjam Gomen

3. Mansuhkan Biasiswa wujudkan pinjaman PTPTN serupa ceti makan riba.
4. Yuran sekolah hantam kaw-kaw
5. Bongokkan orang melayu jangan faham pelajaran matematik dan sains.
   (dicadangkan bahasa jawa untuk bahasa penghantar)
6. Wujudkan kursus-kursus  pengajian di IPT (kursus tah apa-apa tah) yang tak menjamin masa depan asal boleh  masuk IPT. soal yuran pinjam PTPTN dan bayar bunga! Habis belajar tanam anggur!
Inilah antara intipati dasar pendidikan negara yang orang melayu boleh faham kalau tak faham jangan jadi melayu.
Ibu bapa yang tak reti-reti nak ikat perut  untuk sekolahkan anak makanlah biji getah dengan serong kelapa sawit!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan