Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 2 Jun 2014

ogy: mendiang A.R. Tompel?

malam tadi nonton Bintang mencari bintang Tv3...tersedak aku bila juri Fauziah Ahmad Daud semasa memberi komen kepada peserta ada terlepas kata "mendiang A.R.Tompel"......
emm....garu kepala aku.....

Allahyarham A.R Tompel
A. R Tompel.jpg
Aman Ramli Bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A R Tompel
KelahiranAman Ramli Jaafar
24 Oktober 1918
Meninggal dunia30 Januari 1973 (umur 54)
Setapak,Kuala Lumpur,Malaysia
AgamaIslam
PasanganP.Suriati (bercerai)
Saloma (bercerai)
Jah Ismail (bercerai)
Ruminah Sidek
Aman Ramli Bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A R Tompel merupakan seorang pelakon filem Melayu bersama dengan P. Ramlee dan Ibrahim Dindalam filem Do Re Mi.
Aman Ramli Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober tahun 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, Aman Ramli sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.
Beliau telah Kembali ke Rahmatullah pada 30 Januari 1973,apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan Jalan Raya di Setapak, Kuala Lumpur. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Jejak beliau kini diteruskan oleh anaknya, Armaya A. R. Badul, Adik Kandungnya Amran Tompel dan Adlin Aman Ramlie.

Ahad, 1 Jun 2014

kekalahan Dyana kerana berbangsa Melayu- Lim Guan Eng


TELUK INTAN The drop in Chinese votes for DAP could have been due to the candidate Dyana Sofya Mohd Daud being a Malay, said party secretary-general Lim Guan Eng.

sudah biasa memaki umno cilaka

Kenyataan Akhbar Ybhg. Dato’ Jahara Binti 
Hamid pada 29 Mei 2014

Saya merujuk kepada laporan Akhbar The Star muka surat 31 pada 29 Mei 2014 yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa Peguam Negara untuk menjalankan siasatan di bawah seksyen 121(b) dan 124(B) Kanun Jenayah terhadap mereka-mereka yang masuk ke Dewan Negeri Pulau Pinang pada 21 Mei 2014 yang lalu.

Saya ingin mengulas kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa saya selaku Ketua Pembangkang telah memohon maaf secara terbuka pada keesokan harinya,22 Mei 2014 atas kejadian mereka memasuki ke dalam Dewan Undangan Negeri. Saya ingin menjelaskan bahawa mereka masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri tersebut untuk berjumpa dengan YB Seri Delima untuk beliau meminta maaf di atas kenyataan beliau “ UMNO Celaka”.

Perlu diingatkan bahawa UMNO adalah salah satu parti yang mewakili majority Bangsa Melayu di tanah air kita dan perjuangan UMNO sejak tahun 1946 sehingga kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang turut memperjuangkan hak-hak kesemua bangsa di Malaysia tidak boleh diperkecilkan.

Oleh itu,kenyataan YB Seri Delima telah menyebabkan perasaan benci dan bermusuhan antara kaum. Semasa kejadian 21 Mei 2014 ianya berlaku semasa waktu rehat Dewan dan tidak terdapat sebarang prosiding ketika itu. Mereka hanya meminta YB Seri Delima memohon maaf di atas kenyataan beliau bahawa

“ UMNO Celaka”. Saya di sini ingin mempersoalkan kenapa individu yang menyebabkan kejadian ini tidak diambil tindakan .Beliau bukan sahaja menyatakan perkataan itu di dalam Dewan tetapi turut menyatakan semasa berkempen di Pilihan Raya kecil Bukit Gelugor keesokan harinya di khayalak ramai.

            Terdapat banyak laporan polis yang telah dibuat atas kenyataan YB Seri Delima. Demi keadilan, saya menggesa individu yang telah menyebabkan kemarahan sehingga berlaku kejadian 21 Mei 2014 di Dewan Undangan Negeri diambil tindakan yang tegas di bawah Seksyen 31(e) Akta Hasutan 1948.

            Saya juga menggesa Parti DAP agar mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin-pemimpin serta ahlinya-ahlinya yang sengaja menimbulkan kemarahan serta mengangu gugat kestabilan, keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Selasa, 27 Mei 2014

skandal bank rakyat

Pada 26 Mei lalu, dakwaan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik Sabaruddin mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta oleh individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek  mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat.
############nasib baik bukan haSSAN ALI....

tanduk tidak berguna lagi......

 "Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya tidak diperlukan lagi," kata Tan Sri Sabbaruddin Chik merujuk keputusan untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.
Beliau juga mendakwa keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya bagi penggal ketiga dibuat secara tidak beretika dan mengikut emosi kerana tiada sebarang perbincangan atau notis awal.
Lebih dikesalinya apabila dakwanya ada campur tangan menteri dalam isu kontrak perkhidmatannya yang tamat pada 8 April lalu di mana bank berkenaan adalah dibawah bidang kuasa kementerian itu.
Malah Sabbaruddin berkata, hingga kini beliau tidak dimaklumkan secara rasmi bahawa khidmatnya sebagai pengerusi di bank itu tidak akan disambung semula.
"Cara ini tak betul. Kenapa lakukan begini kepada saya? Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi...tapi buatlah dengan cara yang betul.
"Tindakan ini sangat memalukan. Apa salahnya maklumkan lebih awal kepada saya jika mereka sudah tidak mahu saya lagi," katanya kepadamStar Online di sini pada Isnin.
Tambah Sabbaruddin, beliau percaya tindakan untuk tidak menyambung khidmatnya mempunyai hubung kait dengan keputusan Lembaga Pengarah Bank Rakyat terhadap permohonan seorang usahawan untuk membayar pinjaman bernilai RM40 juta tanpa faedah.
Bagaimanapun beliau mendakwa, menteri terbabit berkeras supaya lembaga pengarah mengikut telunjuknya supaya menerima permohonan penyelesaian mudah usahawan kontroversi itu agar baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta dibuat selama 10 tahun melalui 120 keping cek 'post dated'.
"Saya yakin beliau marah sebab lembaga pengarah tolak permohonan itu, tapi beliau harus ingat keputusan itu bukan dibuat oleh saya seorang...tapi pihak lembaga," katanya.
Ekoran itu Sabbaruddin yakin beliau menjadi mangsa terhadap keputusan bertentangan antara lembaga pengarah bank berkenaan dan menteri itu.
"Khidmat saya sepatutnya disambung lagi kerana surat penyambungan kontrak sudah pun ada di Bank Negara untuk persetujuan sebelum disahkan menteri.
"Kalau dari awal mereka tidak mahu sambung, mengapa nama saya dihantar ke Bank Negara," soal beliau.
Ditanya sama ada Bank Rakyat kini sudah mempunyai pengerusi baharu selepas kontraknya tamat, Sabbaruddin berkata: "Saya tidak pasti...mungkin ada, tapi setakat yang saya tahu belum ada.
"Malah barang-barang saya juga masih ada di pejabat, belum ambil lagi," katanya.-ms