Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 17 September 2012

Mat Sabu: Kenyataan bodoh menteri dalam negeri

 Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing sahaja tetapi utamakan keadaan keselamatan dalam negara ini pesanan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 
Hishammuddin sebelum itu menyatakan, kementeriannya akan memantau keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat di negara ini dan juga pihak lain bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku berikutan penayangan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Islam.
Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".
Mahfuz menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.

"Keselamatan semua rakyat di jamin di dalam undang-undang dan perlembagaan dan kerajaan yang memerintah mesti memastikan keselamatan semua rakyat tanpa sebarang diskriminasi.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan sebagai menteri, Hishammuddin tidak boleh berkata begitu kerana ia akan difahami sebagai galakan dan perangsang oleh pihak yang mengganas untuk melakukan lebih banyak keganasan.

Mohamad menyifatkan kenyataan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah dengan jelas memperlihatkan kebodohan menteri itu. 

"Itu kenyataan paling tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, paling bodoh untuk diucapkan oleh seorang menteri," katanya.-HD

Jumaat, 14 September 2012

zed zaidi baru belajar membodek

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.
“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.
“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.
Malay Merdeka:Zed pun bertarung untuk jadi presiden seniman kerana nak imbuhan..takkan sukarela..cara rampas kerusi presiden pun ganas jugak...mesti ada lipat-lipat ganda kan...

Selasa, 11 September 2012

tunjuk punggung isyarat lucah umno yang ajar



Perdana menteri mengecam tindakan seorang pemuda yang menunjukkan punggung kepada posternya dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lalu sebagai tidak melambangkan jati diri seorang rakyat Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan itu dan demonstrasi jalanan tidak melambangkan nilai Malaysia dan tidak patut digalakkan.

Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan tindakan itu, katanya-MK

Isnin, 20 Ogos 2012

Terbaru barisan kabinet Kerajaan Malaysia selepas PRU 13



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

Malay Merdeka:Parti Umno yang kononnya memperjuangkan Islam untuk Melayu rupanya tidak tahu pasal hukum hudud.
baca dibawah ini:  Nasharuddin Mat Isa mahu Pasw masuk Umno bersekongkol dengan kafir lahanat ini. Bodoh punya Nasharudin.

MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.