Hishammuddin sebelum itu menyatakan, kementeriannya akan memantau keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat di negara ini dan juga pihak lain bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku berikutan penayangan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Islam.
Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".
Mahfuz menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.
"Keselamatan semua rakyat di jamin di dalam undang-undang dan perlembagaan dan kerajaan yang memerintah mesti memastikan keselamatan semua rakyat tanpa sebarang diskriminasi.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan sebagai menteri, Hishammuddin tidak boleh berkata begitu kerana ia akan difahami sebagai galakan dan perangsang oleh pihak yang mengganas untuk melakukan lebih banyak keganasan.
Mohamad menyifatkan kenyataan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah dengan jelas memperlihatkan kebodohan menteri itu.
"Itu kenyataan paling tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, paling bodoh untuk diucapkan oleh seorang menteri," katanya.-HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan