Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 28 Mei 2012

Siri keganasan terancang, dirancang oleh perancang




Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.
PM Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.
Kejadian Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri.Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.


Malay Merdeka: Lembah pantai di penuhi dengan tahi lembu....diterajui oleh kepala lembu...digembala oleh menteri  bernama raja lembu...anak-anak lembu yang dilumuri najis lembu.....lembu...wooo...wooo...wooo...lembu....raja lembu yang tidak beristana...menjadi menteri ikut pintu jamban...lembu...lembu...lembu...lembu...lembu....
Keadilandaily melaporkan mangsa keganasan samseng Umno, Raja Ismail Raja Din yang berdarah kepala semasa ceramah Pakatan Rakyat, di Pantai Dalam  24 Mei lalu, mendakwa dilastik dengan bebola besi (ball bearing).
Menceritakan semula kejadian di pangsapuri Pantai Permai itu, Raja Ismail memberitahu, kira-kira jam 11 malam, bekalan elektrik yang disambung ke tapak ceramah dipotong.
“Dalam gelap itu tiba-tiba saya rasa ada sesuatu yang berat dan keras kena di kepala. Saya terasa sakit. Bila dikesat, nampak darah.
“Orang kata saya dilastik dengan ‘ball bearing’ dari tingkat atas Flat. Saya berlari ke arah pentas dan pengsan. Hanya sedar ketika di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” jelas Raja Ismail yang kehilangan banyak darah akibat luka di dahi.
“Bukan sahaja ‘ball bearing’, tapi telur tembelang dan batu dibaling ke kawasan ceramah,” katanya yang dibenarkan keluar pada jam 2 pagi, selepas mendapat rawatan di HKL.
Bagaimanapun, pesara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berusia 60 tahun ini berkata, beliau tidak serik untuk datang ke ceramah Pakatan Rakyat pada masa akan datang.
Ini kerana katanya, hanya melalui program ceramah sahaja rakyat dapat mendengar maklumat alternatif.
“Saya takkan serik untuk datang ke ceramah. Kalau himpunan Bersih 3.0 pun saya turun, takkanlah ceramah kita tak pergi?, ujarnya.
Raja Ismail turut kecewa dengan polis yang ‘membutakan mata’ terhadap keganasan samseng upahan Umno, sedangkan perkara itu berlaku di depan mereka sendiri.
“Bertahun-tahun saya pergi ceramah. Tak pernah jadi macam ini. Polis buat apa? Kalau ‘geng’ dia buat kacau, dibiarkan. Ini tak boleh.
“Malu saya tengok budak-budak muda Melayu terima upah rendah semata-mata nak ganggu majlis orang,” kata Raja Ismail.

Jumaat, 25 Mei 2012

kurang kouta haji: Menteri Agama Jamil Khir tipu rakyat

"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0. lapor harakahdaily.
"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik (gambar) Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dalam ceramahnya di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di Melaka malam tadi.
"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.
"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.
"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar.Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.
"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.
"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar.
Malay Merdeka: menteri agama pun kuat kelentong....

Mahkamah Rayuan tetap putuskan Utusan kena bayar Khalid Samad

Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu dua tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu selepas memutuskan notis rayuan syarikat itu tidak kukuh.
Mahkamah membenarkan permohonan Khalid untuk membatalkan notis rayuan Utusan Melayu dengan alasan ia tidak kukuh kerana gagal mematuhi Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Seksyen itu menyatakan rayuan untuk tuntutan kurang daripada RM250,000, kebenaran mesti diperoleh daripada mahkamah untuk mengemukakan rayuan.
Utusan mengambil pendirian bahawa ia tidak memerlukan kebenaran untuk merayu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2011 dalam kes Harcharan Singh, Sohan Singh melawan Ranjit Kaur S.Gean Singh.
Hishamuddin juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM10,000.
Pada 14 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membuat taksiran kerosakan yang dialami, memberi award itu kepada Khalid.
Pada 30 September tahun yang sama mahkamah membenarkan tuntutan saman Khalid dan memutuskan Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa beliau telah difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'.
Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.
Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan pencetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.
Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan penyiaran artikel berkenaan dibuat berdasarkan komentar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 September 2009. - BERNAMA
Malay Merdeka: Utusan akhbar melayu lidah syaitan...perosak pemikiran....penyebar fitnah.....selepas ni boleh saman Zulklifli Nordin..dia ingat dia peguam dah besar kepala...sokongan padu untuk Khalid.

Khamis, 24 Mei 2012

Penjaja Jln T.A.R bantah kumpulan Jamal Yuus ikan bakar sekincan berniagadepan rumah Ambiga

"Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan.
"Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga."Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal.
Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga.

Rabu, 23 Mei 2012

Patutlah polis jadi macam tu.....

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri semalam menyifatkan langkah yang di ambil oleh Bekas Ketua Pengarah JSJ Bukit Aman  Datuk Fauzi Saari menyertai PAS sebagai mengguris hati bekas-bekas polis dan dianggap pengkhianatan kepada kerajaan. lapor Harakahdaily.net



Malay Merdeka: ooh..rupanya polis mesti masuk umno dan sokong umno....