Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 23 Januari 2012

Pengganas di Jalan Kebun bebas


Wajah ketua pengganas dikenali!Nama: Muhammad Razali atau Bob.
Penyangak yang tiada otak!..
Mamat inilah yang terpekik terlolong memaki hamun dan mengetuai sekumpulan pemuda menyerang dan menggangu ceramah ABU (asal bukan Umno) di Jalan Kebun pada 21/1/12




Malay Merdeka: Berapa upah yang budak-budak tak cukup akal ni dapat? Kalau setakat RM 50 geli betul! Ini mcm cerita P.Ramlee samseng kg dusun - Sharif Dol...kah..kah...kah...

Ibrahim Ali bakal diharamkan ke Selangor menghina Sultan


gambar hiasan: seperti orang tak siuman

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, mereka tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim kerana "keceluparan melampau" yang didakwa semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.
Menteri besar Selangor akan berbincang dengan penasihat undang-undang negeri dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.
"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya.

Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.

Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.
NONE
Dalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, ungkapan liwat yang digunakan menggambarkan betapa kotornya pemikiran "politikus tua" itu.
"Tindakan Datuk Ibrahim Ali  yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio hal ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanah air," katanya.

Faekah juga berkata, kritikan Ibrahim itu merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri yang memberi perkenan kepada perkara itu.

"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.

"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," katanya merujuk kepada kemenangan Ibrahim dalam pilihan raya 

Hassan Ali: Saya disingkir kerana bakal jadi PM ganti Anwar


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata usaha menjatuhkan dirinya bukan dibuat oleh Pas sahaja tetapi turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mempunyai agenda besar dan tersembunyi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13). Hasan Akidah, dalam satu temuramah bersama akhbar Utusan Malaysia, Ahad, berkata pakatan pembangkang mempunyai agenda yang lebih besar iaitu Putrajaya.
"Atas matlamat 'memperdanamenterikan' Anwar, gerabak yang bergerak ke Putrajaya, beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin agung pakatan yang memandu pembangkang ke Putrajaya.


Malay Merdeka: Hassan Akidah percaya hutang kepada harakah menjadi halal jika beliau jadi MB....
Mujurlah beliau tertinggal gerabak ke Putrajaya kerana beliau umpama budak-budak nakal yang tinggal tepi landasan keretapi melastik dan membaling batu gerabak keretapi yang sedang laju bergerak keputrajaya...
dalam erti kata lain beliau umpama bulu- bulu yang  beruban yang memotong stim ketika naik berahi...





Ahad, 22 Januari 2012

Serangan perkauman di Jalan Kebun - Umno harus ambil bertanggungjawab - Che'gu Bard


SUNDAY, JANUARY 22, 2012


Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU

Kenyataan Rasmi

22 Januari 2012

SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.

Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat
penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke 
arah menyelamatkan negara.
Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan
Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara
ini semakin tidakterbendung.

Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini 
beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama
beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru 
kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional
Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar,
Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli 
politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, 
pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat 
hadir menyampaikan ucapan.
Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai 
pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran
ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut
 yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam 
kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut
menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno 
yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. 
Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula 
menjadi trend anak muda.
Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka
Umno menjadi gusar.
Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf 
secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. 
Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama
sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf 
w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi
mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.
Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program 
ABU di beberapa tempat.

Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program 
Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu 
(Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), 
cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan 
MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, 
kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran 
awal ialah majoriti bukan Islam.
Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula 
duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira
20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian 
yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. 
Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam 
dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus 
memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan
projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, 
namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang 
pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital 
kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan
senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga 
yang datang berniaga kerana program tersebut agar 
menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan 
ringan mengalamai kerugian apabila gerainya 
disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur 
di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada 
yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. 
Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke 
seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira
 kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya 
mereka bertambah
 ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin 
hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, 
polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.
Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan 
untuk menangguhkan program tersebut kerana 
bimbang soal keselamatan dan mengelakkan 
insiden tidak diingini berlaku.
Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin 
bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum
bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan 
Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan 
berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan
 selamat keluar dari kawasan kerana di keliling 
dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata 
bertambah ramai menjerit jerit
 ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenal penyerang 
tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari 
pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan 
mereka yang menghalau orang India keluar kerana 
ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan 
serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan 
kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan
 kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar 
Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. 
Adakah orang India sudah tidak selamat berada
 dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi 
paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno 
menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian 
serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. 
PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman 
semua tersedia dan diserahkan bersama dengan 
laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. 
Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke

Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi
Malay Merdeka: Polis tidak dapat berbuat apa-apa? pakai cota ke?

Pemuda Umno Jalan Kebun bertukar jadi samseng belasah hadirin di ceramah Mat Sabu




che'GuBard Samm
Kecoh serangan fizikal pemuda umno serang prog ABU dgn Md Sabu di Dewan MBSA seksyen 30 jln kebun.. Pemuda Umno serang dan ada hadirin yg cedera.. Now dlm dewan

 · 3 jam yang lalu melalui BlackBerry · 
Jam 10.45mlm

11.05pm
 
dari facebook Chegu Bard:
Ceramah ABU bersama MD sabu diserang secara fizikal oleh pemuda Umno .. Ada hadirin yg cedera..peniaga2 melayu habis dirosakkan gerai.. Hanya ada dua polis gagal buat apa2.. 

A.B.U Asal Bukan Umno di jalan kebun

FMT melaporkan:
Ceramah yang dianjurkan oleh Asalkan Bukan Umno (ABU) / Hindraf di Jalan Kebun di sini, menyebabkan kecederaan serius kepada sekurang-kurangnya satu orang malam tadi.Salah seorang daripada sukarelawan di ceramah tersebut teruk diserang dan terpaksadikejarkan ke hospital.
Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 9:15 mlm sebaik ceramah tersebut bermula.
Kira-kira 30 penyerang, menghayun kayu dan topi keledar, menunggang motosikal ke tempat ceramah di dewan MBSA  dan merempuh kepada hadirin dan kerusi.
Diikuti yang lainnya berjalan kaki membuang risalah ABU, membaling kerusi dan melemparkan kata-kata kesat dan melaung kepada hadirin untuk meninggalkan dewan ceramah tersebut.
"Saya percaya mereka adalah orang-orang Umno. Mereka mempunyai  bendera BN dan Umno, dan memakai Umno t-shirt, "kata salah seorang hadirin.
"Terdapat beberapa pertengkaran dan salah seorang pemuda  telah dipukul teruk oleh perusuh yang sukar dikawal menggunakan topi keledar," kata Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram)  E Nalini yang berada di situ untuk memerhatikan ceramah.