Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 30 Oktober 2011

IBrahim Ali semakin gelabah hgadapi PRU

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Kelantan Ibrahim Ali semakin menggelabah dan kecut perut apabila PRU 13 semakin hampir. Mutakhir ini beliau kelihatan tak senang duduk dan pening memikirkan bagaimana menghgadapi PRU nanti. Bagaikan kena sawan babi, beliau sehingga tertidur semasa persidangan parlimen. Sikap buruk beliau yang suka lompat parti dan membodek , mengampu serta menikan dari belakang memualkan parti-parti yang pernah membantunya. 
Kebarangkalian parti sabun basuh KITA dibawah pimkpinan Zaid Ibrahim sanggup menjadi tiket Ibrahim. Zaid dan Ibarahim tak jauh beza. Cuma Zaid agak cerdik dari Ibrahim. Ibrahim ternyata sengal dan dangkal. Namun dua-duanya berjiwa Kelantan.
Apapun Ibrahim Ali ternyata hampir terkubur. PAS sudah memberi amaran sesiapun yang bertanding di parlimen Pasir Mas akan kecundang terutamanya Ibrahim Ali. Ibrahim sudah tiada tempat dihati penduduk Pasir Mas termasuk orang UMNo sendiri. Malang bagi Ibrahim yang hanya berharap PERKASA yang tidak perkasa itu.alam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.
Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.
Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ parti itu.
Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.
Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.
Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 “itu kira (sudah) selesai.”
“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’ (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi.
Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.
Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.
 

Sabtu, 29 Oktober 2011

Menteri Belia dan sukan bawa masuk Israel guna pas khas?

 Mengejutkan! peninju Israel, Ilya Grad mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thaiuntuk stesen TV AXN.
Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?
Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authoritypada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia."Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi

Jumaat, 28 Oktober 2011

Mahathir pertikai hukum hudud hukum Islam

  Mantan  Menteri  PerdanaTun Dr Mahathir Mohamad  mempersoal sama ada undang-undang Hudud yang dirancang untuk dilaksanakan part PAS  boleh memberi keadilan kepada penduduk berbilang agama di negara ini
."Mereka (PAS) mempunyai pendirian (mengenai hudud), mereka kata hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Jadi jika anda kebetulan pergi mencuri bersama seorang kawan Cina, mereka akan memotong tangan anda tapi rakan anda Cina atau India, mereka akan dipenjara dua bulan.
"Jadi bagi PAS itu adalah keadilan. Sudah tentu, jika anda buat benda lain, mereka akan penggal kepala anda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang anjuran Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) di sini, Khamis. -Bernama
Melayu berkata:
Teruk betullah bekas mente3ri perdana ni...dah akhir hayatpun mempersoal hukum islam..
Agaknya hukum apa yang nak dipakai menteri keturunan mamak nie...

Khamis, 27 Oktober 2011

Bekas Pengerusi SPR kata beberapa sektor kerajaan sebagai "tidak bertamadun dan bodoh

Sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagai "tidak bertamadun dan bodoh" kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman seperti pengakuannya kepada pihak media hari ini berkata, beliau sememangnya menyokong penggunaan dakwat kekal, tetapi beliau dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu. 

Katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.
: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak. 

Rabu, 26 Oktober 2011

PENUMBUK NEGARA, PENCACAI, BALACI DAN KATAK-KATAK DI PERHIMPUNAN PERKASA - ORANG BUANGAN PKR JADI TIMBALAN PERKASA


 Bekas ketua polis negara yang juga penumbuk negara Tan Sri Rahim Noor menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.
“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang kata Presidennya Ibrahim katak.
Turut hadir dalam perhimpunan PERKASA ialah bekas menteri penerangan Tan Sri abdul rahim noor perkasa 2nd agm
Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan seorang lagi bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus.
Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak 
dan juga pakar video seks lucah dan pengarang fitnah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut hadir di perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.
Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ORANG BUANGAN pkr Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.