Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Kelantan Ibrahim Ali semakin menggelabah dan kecut perut apabila PRU 13 semakin hampir. Mutakhir ini beliau kelihatan tak senang duduk dan pening memikirkan bagaimana menghgadapi PRU nanti. Bagaikan kena sawan babi, beliau sehingga tertidur semasa persidangan parlimen. Sikap buruk beliau yang suka lompat parti dan membodek , mengampu serta menikan dari belakang memualkan parti-parti yang pernah membantunya.
Kebarangkalian parti sabun basuh KITA dibawah pimkpinan Zaid Ibrahim sanggup menjadi tiket Ibrahim. Zaid dan Ibarahim tak jauh beza. Cuma Zaid agak cerdik dari Ibrahim. Ibrahim ternyata sengal dan dangkal. Namun dua-duanya berjiwa Kelantan.
Apapun Ibrahim Ali ternyata hampir terkubur. PAS sudah memberi amaran sesiapun yang bertanding di parlimen Pasir Mas akan kecundang terutamanya Ibrahim Ali. Ibrahim sudah tiada tempat dihati penduduk Pasir Mas termasuk orang UMNo sendiri. Malang bagi Ibrahim yang hanya berharap PERKASA yang tidak perkasa itu.
alam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.
Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.
Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ parti itu.
Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.
Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.
Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 “itu kira (sudah) selesai.”
“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’ (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi.
Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.
Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan