Khamis, 6 Januari 2011
DR MAHATHIR rasa ganjil BERSAMA SITI NURHALIZA

TUN Dr. Mahathir ketika ditemu bual Siti Nurhaliza di Petaling Jaya semalam.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku berasa janggal apabila ditemu bual oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai salah seorang tetamu dalam program bual bicara pertama artis itu yang diberi nama Siti.
Tokoh negarawan berusia 85 tahun itu berkata, beliau sebelum ini hanya mendengar Siti Nurhaliza menyanyi ketika mengadakan persembahan pentas.
“Ini merupakan kali pertama saya ditemu bual oleh Siti. Saya rasa ganjil sikit. Namun, saya dapati dia sangat fasih sewaktu mengendalikan program pertamanya ini.
“Malah, saya nampak dia cepat dan mahir menjadi seorang pengacara dengan melontarkan soalan-soalan yang bernas,” jelasnya ketika ditemui pada rakaman episod pertama Siti di Filem Negara Malaysia di sini semalam.
KSN: TAK PERLU PERKENAN SULTAN HANYA SEMBAH TAKZIM
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjelaskan perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Khusrin bukanlah sesuatu keperluan undang-undang di bawah perlembagaan negeri, tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan sembah takzim.
Di samping itu, tambahnya, Perkara LII, Perlembagaan Negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan SUK dibuat.
Dalam satu kenyataan 10 perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata:
Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi bukanlah sesuatu legal requirement di bawah Perlembagaan Negeri Selangor tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan courtesy untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri Baginda. Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan courtesy sahaja. Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan yang dibuat oleh 'appropiate Service Commission' atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010]. [mk]

BUKAN TITAH SULTAN
Semalam media melaporkan, Mohamad Munir berkata baginda menitahkan bahawa tindakan Abdul Khalid berbincang dan memilih calon-calon lain bagi jawatan SUK adalah tidak wajar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menyifatkan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai pandangan peribadi dan bukannya mewakili baginda.
Sultan faham dengan keadaan ini dan kami telah berbincang mengenai kesan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Jika ikut secara logiknya krisis perlembagaan pada tahun 1993 itu jelas menunjukkan Sultan mahupun menteri besar tidak mempunyai kuasa di atas perlantikan tiga pegawai ekskutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.
nota: AIT....lebih sudu dari kuah nampak..

Rabu, 5 Januari 2011
RAIS YATIM NGAKU TAK ROGOL
Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan terhadapnya.

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Utusan tetap meloyakan. s/u sultan apa cerita?

Pakar Perlembagaan mempertikaikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dan boleh memberikan perkenan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK).
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani samada tidak memahami ataupun salah mentafsir kedudukan Sultan seperti termaktub dalam prlembagaan.
"Saya rasa memeranjatkan dan bertentangan dengan apa yang disebut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas menghadap Ke Bawah Duli Tuanku semalam, di mana kata Tan Sri, Sultan mengaku bahawa baginda sudah tidak ada kuasa dalam hal ini kerana sudahpun dipindahkan ke persekutuan melalui satu pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Umno pada tahun 1993," jelas beliau.
Beliau berkata kenyataan Munir yang disiarkan dalam Utusan hari ini amat bercanggah dengan kenyataan Khalid selepas menghadap sultan semalam yang menyebut berkenaan titah Tuanku dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baru.
"Kalau dah peruntukkan itu dipinda maknanya Sultan sudah tidak ada kuasa dan pada saat ini bagaimana Setiausaha Sulit Sultan boleh mengatakan bahawa Sultan masih ada kuasa eksekutif, begitu juga dengan pihak kerajaan khususnya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang menyebut soal perkenan Tuanku," kata beliau lagi.
Katanya lagi, kuasa eksekutif itu tak boleh disamakan dengan kuasa eksekutif dalam syarikat sebab yang disebut dalam perlembagaan adalah 'authority' atau kuasa pemerintahan yang diletakkan di dalam tangan Sultan tetapi dilaksanakan atau dijalankan oleh kerajaan yang memerintah yakni MB dan Exconya.
Tambah Aziz lagi, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sultan tidak selari dengan KSN; satu pihak mengatakan kuasa itu telah dipindahkan dan sebagainya, dan satu pihak lagi mengatakan kuasa itu masih ada di tangan Tuanku.
Aziz mendakwa upacara mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor tidak relevan kerana perlembagaan negeri memperuntukkan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru perlu mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar.
'Anehnya pula terus mahu buat upacara angkat sumpah di depan Tuanku jadi kalau sudah tidak ada kuasa melantik, nak angkat sumpah buat apa?
"Dalam perlembagaan negeripun ketetapan yang dibuat disitu adalah bahawa setiausaha kerajaan perlu mengangkat sumpah dihadapan Menteri Besar," tegas beliau.
Langgan:
Catatan (Atom)