Rabu, 10 Mac 2010
Parti Gerakan sokong PR: bidas Najib
Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata tanggapan pilihanraya tempatan mengundang politiking adalah kurang tepat kerana manfaat pilihanraya tempatan lebih besar berbanding penolakannya.
Beliau menjelaskan pilihanraya tempatan adalah mekanisma perlu untuk mengimbangi dasar dan tindak-tanduk pentadbir di Pihak Berkuasa Tempatan, yang majoritinya penjawat awam.
Tan juga menjelaskan pretasi ahli majlis juga dapat dinilai secara langsung oleh penduduk setempat, dan mana-mana yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan pastinya tidak akan dipilih dalam pilihanraya itu nanti.
Gerakan menggesa Kerajaan Persekutuan membantu Pakatan Rakyat menganjurkan pilihanraya tempatan, termasuk meminda undang-undang berkaitan.
Gerakan menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 2008, menyaksikan kehilangan 8 dari 10 kerusi Parlimen.
Selepas 39 tahun dibawah Gerakan, Pulau Pinang kini ditadbir Pakatan Rakyat.
Selasa, 9 Mac 2010
MESTI BACA! FAM KELENTONG RAKYAT MALAYSIA/ PEMINAT BOLASEPAK MALAYSIA!
UNGKAPAN ‘Tipah Tertipu Lagi’ sesuai ditujukan kepada skuad Harimau Muda A. Sama ada disedari atau tidak jurulatih atau pemain skuad bawah 21 tahun itu sebenarnya ‘dikenakan’ majikan sendiri iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan misi ke Slovakia.
HARAPAN PALSU...skuad Harimau Muda A
tertipu dengan sandiwara FAM.
“Perlawanan Malaysia U21 (Harimau Muda A) dengan MFK Ruzomberok B hanyalah perlawanan persahabatan jadi MFK Ruzomberok B tidak mendapat mata dari perlawanan itu,” jelasnya ringkas menerusi kiriman e-mel semalam.
Kenyataan ini dilihat tidak boleh disangkal memandangkan nama Harimau Muda A yang beraksi menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri, masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.
Ini membuktikan pemergian Harimau Muda A sebenarnya bukan atas tiket menyertai liga itu tetapi sekadar mengisi kekosongan masa pasukan yang tidak beraksi kerana penarikan diri ZP Sport Podbrezova.
Sedangkan apa yang dikhabarkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini bahawa lawan pasukan negara akan mendapat mata pada setiap perlawanan ‘kompetitif’ di kaca mata badan induk bola sepak tanah air itu.
Malah lebih mengejutkan, FAM tidak keberatan melabur sejumlah wang yang besar apabila membayar semua perbelanjaan kelab Slovakia bagi setiap perlawanan persahabatan itu.
Sedangkan Azzuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa FAM bukan bodoh menanggung perbelanjaan pasukan yang akan bertemu dengan Harimau Muda A sepanjang lebih tiga bulan berada di sana.
“Maklumat yang saya terima, Malaysia (FAM) membayar perbelanjaan kelab-kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu. Saya tidak mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran yang dikenakan kerana perjanjian itu diuruskan Kesatuan Kelab-Kelab Liga Slovakia (ULK),” katanya.
Harimau Muda A berpangkalan di Vion, Slovakia, sejak 21 Februari lalu dan mengharungi perlawanan ‘liga’ pertama dengan Sala yang berkesudahan memihak kepada pasukan lawan 4-1 dan kemudian tumpas 2-0 di tangan MFK Ruzomberok B Sabtu lalu.
Skuad itu yang menjuarai Liga Perdana musim lalu dihantar ke Slovakia selepas mereka diibaratkan oleh Azraai seperti merempat di bumi sendiri kerana tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim ini.
inilah rupa 2 enjin F5E yang hilang tu

Enjin dua buah jet pejuang F5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dikatakan dicuri dari Kompleks Logistik TUDM Kuala Lumpur dua tahun lepas. Kedua-dua enjin yang kini di bawah jagaan pihak berkuasa kehakiman Uruguay, dikesan di pelabuhan Montevideo sebelum dirampas pihak berkuasa negara itu. Penemuan kedua-dua enjin itu disahkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail semasa lawatan lima hari beliau ke Uruguay dan Argentina bermula 15 Februari lepas bagi mendapatkan keterangan dan dokumen bagi prosiding jenayah di Malaysia. -Foto BERNAMA
Gaji Minimum: MENTERI TERLEBIH MAKAN TAIRU
Hal gaji minimum: menteri ni terlebih makan tairu.

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Kementerian Sumber Manusia akan melancarkan sebuah blog dalam tempoh dua minggu lagi bagi mendapatkan pandangan orang ramai tentang konsep gaji minimum.
Menterinya Datuk Dr S Subramaniam (gambar) berkata ia perlu kerana kini terdapat pelbagai pandangan berbeza tentang isu tersebut di mana ada yang mahu gaji minimum mesti dilaksanakan manakala ada pula berpendapat ia harus ditentukan oleh pasaran.

Melayu:
Pekerja/rakyat kata perlaksanaan gaji minimum
Majikan pencekik darah kata tengok keadaan pasaran
terlebih makan tairu jadi buntang mata...tak nampak apa..
___________________________
HARUSSANI TIADA ETIKA - NIK AZIZ
“Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik oleh seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika,” katanya.
HARUSSANI EJEN UMNO
___________________________
HARUSSANI TIADA ETIKA - NIK AZIZ
“Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik oleh seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika,” katanya.
HARUSSANI EJEN UMNO
Menteri Besar Kelantan itu berkata sekiranya Harussani berpandangan Islam dan politik harus selari, tetapi dalam masa yang sama terus melibatkan jubah muftinya dengan politik bererti beliau telah menjadi ejen.
“Dan dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.
Tegasnya, jika mufti sendiri sanggup melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.
Melayu:
HARUSSANI LEBAI YANG MALANG
Isnin, 8 Mac 2010
Ibrahim Ali beri kata dua

Kata dua MPM, tolak model ekonomi baru jika abai agenda Melayu
Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang ditubuhkan minggu lalu menegaskan ia akan menolak model ekonomi baru, bakal dilancarkan hujung bulan ini, jika tidak memasukkan asas agenda orang Melayu dan Bumiputera.
Salah satu asas yang diputuskan MPM dalam persidangan meja bulatnya ialah mendesak kerajaan agar model ekonomi baru merujuk kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber induk dalam menggubal dasar itu.
Jurucakap MPM, Datuk Ibrahim Ali(gambar) berkata dasar-dasar yang tidak melahirkan program berpendekatan afirmatif akan memudaratkan orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan kaum majoriti rakyat Malaysia, yang masih mundur dan ketinggalan.
“Dalam sistem demokrasi kaum majoriti adalah merupakan agenda nasional,” kata beliau pada sidang media di akhir persidangan yang diadakan di bangunan Matrade, di sini petang ini.
Selain itu kata beliau, kerajaan mestilah menjadikan agenda pembangunan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera sebagai Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).
MPM juga mahu kuota Melayu dan Bumiputera pada sektor strategik tidak dihapuskan.
Malah, kata Ibrahim, MPM juga mahu kerajaan mengambil pendekatan campur tangan dalam pasaran nagi menjayakan agenda Melayu dan Bumiputera.
“Pasaran ekonomi tidak diliberalisasikan sehingga pengusaha Bumiputera terpaksa menghadapi persaingan 'brutal',” kata beliau yang Presiden Perkasa.
Selain itu menurut beliau, MPM juga mahu model ekonomi baru yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung bulan ini mengekal dan menambah agensi amanah yang membangunkan agenda ekonomi Malayu dan Bumiputera manakala syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) aktif dalam membantu kaum Melayu menguasai rangkaian nilai dalam sektor-sektor strategik dan berupayaan.
“MPM menentang sekeras-kerasnya sebarang percubaan daripada mana-mana pihak untuk menidakkan hak-hak Melayu dan Bumiputera dalam model ekonomi baru atas apa jua alasan sebagaimana jaminan di dalam asas Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Dasar kesungguhan atau tindakan afirmatif untuk menjaga kepentingan kaum majoriti rakyat Malaysia mesti diteruskan dalam model ekonomi baru agar pembahagian kekayaan negara diagihkan dengan adil untuk semua kaum di Malaysia, paling tidak berdasarkan matlamat nisbah yang ditetapkan dalam DEB iaitu 30:40:30,” kata Ibrahim.
Katanya, Perlembagaan Persekutuan mempunyai satu peruntukan khas di bawah Artikel 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
“Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153.
“Ia menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.”
Langgan:
Catatan (Atom)


