Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 9 Mac 2010

MESTI BACA! FAM KELENTONG RAKYAT MALAYSIA/ PEMINAT BOLASEPAK MALAYSIA!


UNGKAPAN ‘Tipah Tertipu Lagi’ sesuai ditujukan kepada skuad Harimau Muda A. Sama ada disedari atau tidak jurulatih atau pemain skuad bawah 21 tahun itu sebenarnya ‘dikenakan’ majikan sendiri iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan misi ke Slovakia.
HARAPAN PALSU...skuad Harimau Muda A tertipu dengan sandiwara FAM.
HARAPAN PALSU...skuad Harimau Muda A
tertipu dengan sandiwara FAM.
Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan sebenarnya palsu semata-mata.Sebaliknya dua perlawanan diharungi Harimau Muda A setakat ini termasuk baki 12 perlawanan lagi bukannya perlawanan liga tetapi sekadar perlawanan persahabatan. Perkara ini terbongkar apabila Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak mengesahkan bahawa perlawanan antara kelabnya dengan Harimau Muda A Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak memberi sebarang mata dalam liga sekali gus bercanggah dengan apa yang dijelaskan FAM kepada pihak media tempatan sebelum ini.

“Perlawanan Malaysia U21 (Harimau Muda A) dengan MFK Ruzomberok B hanyalah perlawanan persahabatan jadi MFK Ruzomberok B tidak mendapat mata dari perlawanan itu,” jelasnya ringkas menerusi kiriman e-mel semalam.

Kenyataan ini dilihat tidak boleh disangkal memandangkan nama Harimau Muda A yang beraksi menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri, masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.

Ini membuktikan pemergian Harimau Muda A sebenarnya bukan atas tiket menyertai liga itu tetapi sekadar mengisi kekosongan masa pasukan yang tidak beraksi kerana penarikan diri ZP Sport Podbrezova.
Sedangkan apa yang dikhabarkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini bahawa lawan pasukan negara akan mendapat mata pada setiap perlawanan ‘kompetitif’ di kaca mata badan induk bola sepak tanah air itu.

Malah lebih mengejutkan, FAM tidak keberatan melabur sejumlah wang yang besar apabila membayar semua perbelanjaan kelab Slovakia bagi setiap perlawanan persahabatan itu.

Sedangkan Azzuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa FAM bukan bodoh menanggung perbelanjaan pasukan yang akan bertemu dengan Harimau Muda A sepanjang lebih tiga bulan berada di sana.

“Maklumat yang saya terima, Malaysia (FAM) membayar perbelanjaan kelab-kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu. Saya tidak mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran yang dikenakan kerana perjanjian itu diuruskan Kesatuan Kelab-Kelab Liga Slovakia (ULK),” katanya.

Harimau Muda A berpangkalan di Vion, Slovakia, sejak 21 Februari lalu dan mengharungi perlawanan ‘liga’ pertama dengan Sala yang berkesudahan memihak kepada pasukan lawan 4-1 dan kemudian tumpas 2-0 di tangan MFK Ruzomberok B Sabtu lalu.

Skuad itu yang menjuarai Liga Perdana musim lalu dihantar ke Slovakia selepas mereka diibaratkan oleh Azraai seperti merempat di bumi sendiri kerana tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan