Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 21 Disember 2009

Perhentiasn bas Kuala Berang runtuh


HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.
Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.
Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.



------------------------------------------------

KISAH DIPERAK




IPOH: (The Star) - A state executive councillor said the Perak government was not aware that land lots at Kampung Tersusun Sungai Itek, Gopeng, were being allocated to the Gopeng Umno division and village chiefs.
Datuk Hamidah Osman, who denied that it was a policy of the state government to have a quota system when allocating land lots, said the government was only made aware of such matters when it was reported in the media last week.
The media reported that 10 out of 127 land lots of the proposed scheme were being allocated to committee members of the Gopeng Umno division.
It was also said another 10 lots each were allocated to the village chiefs of Kampung Sungai Itek, Kampung Pintu Padang and Kampung Jelintoh for their subjects.
The allegations by Teja assemblyman Chang Lih Kang, who is also state PKR vice-chairman, subsequently led to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) initiating an investigation into the matter.
Hamidah said Kampar district officer Ahmad Kamaruzzaman Hamzah had since apologised and admitted to his mistake of not checking with the state before coming up with a quota system.
”He should not have made such a decision on his own because it is not a policy of the state to have quota systems.
“Although the short-listed applicants were still subject to final vetting, it was nevertheless not a good decision and he will be called up to explain further about his actions, which could ultimately affect the good name of the state,” she said.
On another matter, Hamidah said the state would be launching a statewide exercise to scrutinise the names of successful land applicants of planned villages schemes.
“It has come to our attention that applications approved by the Barisan Nasional state government were switched to other names during Pakatan Rakyat’s administration.
“There may be hundreds of such instances throughout the state,” she claimed.

Melayu:
Ini kerja Umno...jadi macai umno boleh dapat tanah....




Ini ada tauliah

Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi.
 .


Melayu:
harap-harap Dr. Yusof ada tauliah...




---------------------------------------


Menteri Bangang banyak cakap


Semua pihak terutama ahli-ahli politik diminta tidak terus membincangkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

Ahmad Husni Hanadzlah berkata, masih banyak masa untuk membincangkan mengenai GST apabila ia dibahaskan di Dewan Rakyat Mac depan.

"Saya fikir eloklah semua pihak berhenti membincangkan mengenai GST ini bagi mengelakkan rakyat menjadi keliru dan salah faham



melayu:
ini menteri mangkuk banyak cakap....
orang lain tak boleh cakap dalam projek melunyaikan rakyat.


________________________________________________


LAA...MENGAKU PULAK!


Bung & Zizie Sahkan Perkahwinan



 Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan aktres jelita, Zizie Ezette hari ini mengesahkan mereka sudah berkahwin.

Dalam satu SMS kepada wartawan The Star hari ini, Bung Mokhtar mengesahkan perkahwinannya dengan Zizie, tetapi tidak memaklumkan tarikh dan tempat pernikahan itu berlangsung.-The Star
melayu:
menyampah ada..meluat pun ada ...
mula tak ngaku....lepas tu ngaku pulak..
inilah kerja orang politik....macam artis jugak ..kuat temberang
tak cukup handsome konon...pooooarah!!!!
garang di parlimen...kecut telor nak ngaku kahwin lagi.....
alahai zizie nikah kahwin pun boleh berlakon jugak?...nak jaga hati konon...
konon berkonon.....



Ahad, 20 Disember 2009

pagi yang bebal

Pagi-pagi kita dibebalkan dengan sebuah enjin pesawat pejuang F5E TUDM hilang. Sebuah enjin yang begitu besar dengan kawalan keselamatan yang ketat dan rapi boleh lesap! Jangan heran ini hal tipuhelah...bukan kerja orang bodoh...kerja mereka yang ada kuasa..percayalah logiknya....


bagaimanalah rakyat boleh diperbodohkan....

Jumaat, 18 Disember 2009

alahai bung ...

kahwinlah...selagi nak kahwin.....tak siapa nak heran..yang heran sikap....

Rakan sahkan nikah pelakon, Bung Moktar Radin tak mengaku


          l
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin disahkan sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Zizie Izette dipercayai pada minggu lalu.

Walaupun Bung Moktar enggan mengesahkan perkahwinannya itu, rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, semalam mengesahkan pernikahan mereka.

“Dah selamat...saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada Bung Moktar jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa,” katanya.

--------------------------------------------

BAWANG MERAH BAWANG PUTIH





Pelbagai jenis bawang dikhabarkan naik mendadak harganya berkali-kali ganda sejak akhir-akhir ini.
Namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Perdagangan dan Ehwal Pengguna. Kenaikan harga bawang ini dikatakan agak melampau. Pada kebiasaanya ianaya dijual antara RM 5 hingga 7 ringgit seguni. kini mencapai hingga RM- 17 hingga 18 ringgit.
Punca kenaikan harga barangan keperluan ini tidak jelas. Apakah permainan golongan pedagang pada kali ini.

-----------------------------------------------------------

MENTERI BANGANG


Kisahnya ada juga menteri yang bangang...entah macamnana boleh jadi menteri.....
memperkatakan GST cukai yang akan diperkenalkan kepada rakyat ....
dengan segala kebahlulan menteri ni kata cukai ni tidak membebankan rakyat...
aduh!... apalah punya kepala otak...adakah cukai tak membebankan!
mana ada orang suka cukai.?

KUALA LUMPUR, : Pasukan Khas Pakatan Rakyat Anti-GST (Anti-GST Task Force) hari ini sekali lagi menyanggah kenyataan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, Ahli Jawatankuasa Anti-GST Tony Pua berkata, pengenalan GST akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

"Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

"Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan," katanya



Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, perlaksanaan GST merupakan satu beban kerana ia mengakibatkan semua rakyat tidak mengira sempadan pendapatan terpaksa membayar cukai dengan kadar yang sama sekaligus membuatkan golongan berpendapatan rendah lebih menderita.

"kalaulah golongan berpendapatan rendah buat simpanan, golongan pendapatan tinggi pun buat simpanan, kelompok pengeksport pun buat simpanan akhirnya macammana datangnya pendapatan lebihan daripada cukai ini. Rakyat yang manjadi mangsa kerana terpaksa membayar cukai," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor juga berkata, rancangan Kerajaan melaksanakanGST disebabkan mereka sudah kehabisan sumber kewangan dan terpaksa mencari sumber ain untuk menampung hutang Kerajaan.

"Menteri cuba yakinkan rakyat cukai ini baik untuk rakyat tapi sebearnya Kerajaan sudah banyak berhutang sehingga terpaksa mencari sumber lain,"tegasnya.



Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan GST yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.






Jumaat, 11 Disember 2009

Harga seorang janda


Dara atau janda, mas kahwin tetap RM300

SHAH ALAM  - Pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di negeri ini perlu membayar mas kahwin sebanyak RM300 mulai tahun depan.
Kadar baru itu ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut perkembangan semasa selepas bayaran mas kahwin kekal RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak 1978.
Pengarahnya, Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata, pelaksanaan kadar baru itu telah mendapat persetujuan Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.