Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 20 Januari 2012

Hisap ganja, dreadlock perbuatan mulia?

ini adalah lambang rastafari.

(dreadlock) rambut bergentel macam taliguni ini mempunyai cerita disebalik tabir...
Rambut bergentel umpama tali guni ini dinamakan  dreadlock. Beberapa anak muda yang beramabut begitu dan berpakaian warna-warni seperti bendera Afrika pula dinamakan Rasta..atau penuhnya Rasta-farian...atau disebut juga Rastaman.
Rasta dan dreadlock mempunyai sejarah yang menarik. Ia bermula sekita tahun 1930an di Afrika apabila menggelegaknya semangat penduduk kulit hitam untuk bangkit sebagai bangsa yang bermaruah  dan bersatu.
Mereka mahu warga kulit hitam tidak mahu dihina dan ditindas seperti yang dilakukan oleh masyarakat kulit putih.
Pada ketika itu, Haile Selassie iaitu maharaja Ethopia (1930-1974) telah mereka agungkan sebagai jelmaan tuhan. Merteka memanggil Selassie sebagai JAH. Bukan Khatijah atau mek jah, JAH bermaksud jelmaan tuhan.
Dari sinilah mencul perkataan Rastafari. Ras bermaksud ketua dalam bahassa Ethiopia dan Lij Tafari Makonmen, nama asal Selassie 1.
Ethiopia adalah satu-satunya negara Afrika yang tidak pernah dijajah oleh kolonial Barat. Apabila Selassie 1 menjadi maharaja, baginda menjadi  satu-satunya raja kulit hitam  yang diakui kedaulatannya  oleh raja-raja diseluruh Eropah. Satusnya dianggap sangat mulia. Malah baginda dianggap bukan lagi sebaris  dengan raja-raja kulit putih, tetapi menyamai Tuhan....
Pengagungan Selassie 1 yang dianggap sebagai jelmaan tuhan itu kononnya telah disebut dalam kitab agama Judaism dan Kristian.Lantas mereka menggelarnya sebagai raja segala raja, Tuhan segala tuhan dan singa penakluk Judah, Tambahan pula, Selassie 1 mendakwa beliau adalah keturunan Nabi Sulaiman yang memerintah kerajaan agung Israel suatu ketika dahulu.
Selassei 1 dikatakan akan memimpin seluruh masyarakat kulit hitam kedalam sebuah kerajaan yang penuh dengan kehormatan, kebebasan serta keredhaan tuhan.
Gerakan Rastafari bermula dengan lebih jelas dikalangn petani  dan kelas pekerja  Jamaica yang hidup sengsara dan tertekan. Ia membawa semangat untuk mengembalikan semula rasa cinta manusia  kepada sesama makhluk, maruah diri  dan kehormatan masing-masing. Mereka mahukan kebebasan spiritual serta menentang perhambaan.
Rastafari mendoktrinkan kesetiaan kepada impian Zion (bermaksud Syurga dan Ethiopia) serta menggelar masyarakat barat sebagai Babylon. Mereka membenci kenagkuhan orang kulit putih yang menganggap kononnya mereka makhluk kelas atasan manakala Negro makhluk kelas bawahan yang cuma layak ditindas serta dizalimi.
Pada ketika inilah muncul Marcus Garvey, seorang wartawan, penerbit san ahli pidato terkenal. Beliau lahir di Saint  Ann Parish, Jamica pada 1887. Garvey menyeru semua masyarakat kulit hitam yang bertaburan diseluruh dunia supaya kembali kepada akar budaya serta tanahair mereka , Afrika. Slogan Garver ialah 'Back to Africa'.
Kumpulan Rasta dengan segera menyanjung Garvey. Malah Garvey bukan sekadar diangkat menjadiu hero, tetapi juga sebagai Nabi John the Baptist kedua!
Lantas supaya api semangat itu dapat dilihat dengan lebih jelas, kumpulan Rasta ini membina identiti tersendiri. Yang pertama dilakukan  ialah membuat rambut bergentel-gentel macam taliguni , yang mereka namakan ' dreadlock'.
Fesyen itu bukannya dicipta membabi buta , tetapi berdasarkan kitab Nazarite Judaism yang menyebut 'orang-orang yang suci itu mestilah membiarkan ikatan-ikatan pada rambut dikepala mereka itu memanjang'.
Identiti itu juga diwujudkan bagi membezakan antara mereka yang mempunya rambut  dengan masyarakat kulit putih yang bermbut lurus yang mereka gelarkan sebagai botak.
Rambut dreadlock itu turut membawa simbol 'Singa Judah'. Golongan Rasta ini menganggap
sikat, gunting dan pisau cukur ini adalah ciptaan masyarakat babylon dan Rom. Orang Rom dan Babylon berkulit putih, mereka adalah penindas. Ajaran Judaism dari  kitan Leviticus juga menyuruh pengikut dan penganutnya  suspaya tidak menggunting  dan mencukur rambut mereka.
Selain 'dreadlock', pengikut Rasta mencipta satu lagi identiti lain iaitu  menghisap ganja (kanabis)
kerana pokok ganja dikatakan berasal dari Afrika serta menjadi budaya asal mereka.
Bagi Rastafari, ganja adalah tumbuha suci dan menghisap ganja adalah tindakan spiritual untuk membersihkan tubuh dan minda, bagi memperolehi kewarasan  dan kedamaian supaya lebih  hampir dengan JAH (jelmaan tuhan mereka).
 Kepada Rastafari juga, menghisap ganja adalah perbuatan mulia bagi mendapat kebenaran, sedangkan meminum alkohol yang menjadi budaya  Barat adalah perbuatan bodoh yang membuatkan manusia menjadi bodoh!
Merah, kuning. hijau dan hitam  adalah warna rasmi Rastafari. Merah bermaksud darah semua kehidupan dimuka bumi, kuning melambangkan matahari, hijau bereti bumi serta alam semulajadinya, manakala hitam Negro. Merah, hijau dan kuning juga adalah warna bendera Ethopia tempat lahirnya agama/gerakan Rastafari.
Dari gerakan biasa, Rastafari meniupkan semangatnya melalui hiburan  dan identiti mereka adalah muzik raggae. Muzik raggae lahir disebuah petempatan miskin di Kingston, Jamaica. Ia mengadunkan muzik  asli Jamaica  dengan Jazz dan R&B Amerika ska serta soul.Lalu jadilah raggae.
Bintang raggae Rastafari yang terkenal ialah Bob Marley. Selain Bob Marley ialah Black Uhuru, Mikey dread, Bunny Wailer dan Freddie McGregor. Sebab itulah rambut Bob Marley macam tali guni dan pakainnya berwarna-warni. 
Pada kulit album dan pakaiannya ada gambar daun  iaitu daun pakalolo iaitu daun pokok ganja.
Pada masa ini,  Rastafari bukan dilihat sebagai agama lagi, sebaliknya sebagai gerakan atau fesyen.
Kebanyakan Rasta mengatakan, Rasfari adalah cara hidup.
Dianggarkan kini terdapat lebih sejuta Rastafari diseluruh dunia, termasuk anak-anakmuda di Malaysia. Kebanyakkan mereka sekadar fesyen sahaja kerana gemarkan musik raggae.

Khamis, 19 Januari 2012

Blogger Sharpshooter tak laripun : Utusan buat berita palsu

Kerana tidak berpuashati dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia kononnya beliau lari dari menerima surat saman, Blogger Shardshooter datang sendiri ke pejabat peguam.

Sharpshooter atau nama sebenarnya, Amizuddin Amat dilaporkan datang sendiri ke pajabat peguam Datuk Seri Rais Yatim iaitu Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah di Kampung Atap untuk mendapatkan dokumen saman itu.

Namun ketika ditemui peguam berkenaan tidak menyerahkan dokumen itu tetapi meminta Amizuddin datang mengambilnya di mahkamah keesokan harinya.

Malay Merdeka: Utusan Malaysia memang wajar untuk dibuat bungkus najis..memualkan dan menjelekan..fitnah durjana..berita palsu!

Menteri ketar lutut takut isytihar harta

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri-malaysia kini

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan."Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.


Beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.


Malay Merdeka:bahaya?...bahaya takut kena cekup...bahaya? merbahaya...  semua rahsia terbongkar macam kak Ijat...
Mirzan anak mahathir....ananda anak krishnan....Syed mokhtar  al bukhari...(bukan saiful bukhari)..tak bahayanya pun...

Sejak pemecatan Hassan, ramai ahli Umno masuk Pas




Gaji pegawai lebih tinggi timbul perasaan tidak puas hati kakitangan awam

Satu cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam-kunci utama untuk kemenangan Barisan Nasional (BN).Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar Rm80.000 sebulan berbanding kakitangan awam hanaya menerima kenaikan RM1.70 sebulan membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan pekerja dan pembangkang.

Kemarahan mereka telah membawa kepada pilihan raya akan datang dijangka dalam tahun ini dan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs.
The Malaysian Insider difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.
Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.
"Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.
Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk Ceupacs.
Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu.
Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji.
Segala-galanya harus disemak semula ... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan.
Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya.
Belanjawan 2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan daripada  RM36.9 lima tahun lalu.