Parti Puea Thai pimpinan Yingluck Shinawatra, adik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, memenangi pilihan raya umum Thailand semalam dengan majoriti kerusi di ParlimenPerdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Yingluck, 44 yang akan menjadi Perdana Menteri wanita pertama negaranya.Selepas 92 peratus undi dikira, Puea Thai memenangi 260 kerusi daripada 500 yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum semalam.
Parti Demokrat pimpinan Abhisit memenangi 163 kerusi, menurut suruhanjaya pilihan raya.
Pilihan raya umum berkenaan adalah ujian pertama bagi kerajaan Abhisit yang disokong tentera selepas bantahan rakyat tahun lalu menyaksikan penunjuk perasaan yang menyokong Thaksin melumpuhkan ibu negara sehingga tentera menyuraikan mereka dengan tindakan ganas yang menyebabkan lebih 90 orang terbunuh.
Thaksin disokong kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar kebanyakannya rakyat miskin berikutan dasar kerajaannya yang popular seperti penyediaan perkhidmatan kesihatan yang murah serta memperkenalkan skim kredit mikro.
Bagaimanapun beliau dibenci golongan elit yang melihatnya sebagai pemimpin yang korup, kuku besi dan menjadi ancaman kepada institusi raja di negara berkenaan. – AFP
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicabar supaya tampil dengan bukti kukuh bahawa "hampir mustahil" seorang pengundi boleh membuang undi sebanyak dua kali pada satu-satu pilihan raya.
Bekas perdana Menteri Malaysia yang pencen dan sudah lanjut usia, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perkauman di Malaysia menjadi lebih buruk selepas kelahiran Pakatan Rakyat (PR) susulan pilihan raya umum 2008, menyebabkan begitu banyak kenyataan berbaur perkauman muncul.

