Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicabar supaya tampil dengan bukti kukuh bahawa "hampir mustahil" seorang pengundi boleh membuang undi sebanyak dua kali pada satu-satu pilihan raya."Soal mustahil atau pun tidak itu adalah pandangan SPR yang tidak dikemukakan dengan bukti dan asas yang kukuh, saya ingin mencabar SPR untuk menjawab beberapa siri pendedahan yang dikemukakan yang terdapat pengundi mengundi lebih daripada sekali,"cabar Shamsul.
Menurut Shamsul,situasi sebegini sering berlaku apabila menjelang pilihan raya, seperti yang berlaku pada tahun 2010 di Pulau Pinang apabila isteri-isteri tentera telah didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa kebenaran mereka.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan