keadilandaily.com mlaporkan beriti terkini : Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.Sabtu, 25 Jun 2011
BERSIH 2.0 Walk for democracy ratusan polis serbu uptown shah alam tim ketua amk pusat ditangkap
keadilandaily.com mlaporkan beriti terkini : Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.
Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.
Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.
“Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu,” kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini.
Jonah yang turut ditahan polis kerana memakai T-Shirt Bersih dan dibawa ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 dengan tangan bergari, ketika dihubungi malam ini, tidak gentar dengan tindakan itu.
“Masih di balai. Saya seorang ditahan. Insya-Allah, tak ada apa-apa…” katanya.
Terdahulu, Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga memanggil beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor, semalam, untuk memberi keterangan.
Jumaat, 24 Jun 2011
Datuk T mengaku bodoh

Mahkamah hari ini telah menjatuhkan hukuman terhadap kumpulan Datok bengong "Datuk T' dengan hukuman denda yang ringan sebanyak Rm 5500 sahaja.
Ini kerana Datuk T telah mengaku bersalah keatas tuduhan yang dibacakan keatasnya.
Kebodohan mereka terserlah. Mereka adalah pengkhianat bangsa yang keterlaluan. wajarlah mereka ini dibaling dengan najis!
Lembu - lembu iringi Datuk T kemahkamah
Hampir 100 ekor lembu membawa sepanduk menyatakan sokongan kepada Datuk T di luar perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.


lembu-lembu ini juga menyatakan sokongan kepada kumpulan pelampau melayu PERKASA.
kehadiran mereka membuat keriuhan adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T'pengkhinat bangsa dan pembikin vbideo lucah yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.


lembu-lembu ini juga menyatakan sokongan kepada kumpulan pelampau melayu PERKASA.
kehadiran mereka membuat keriuhan adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T'pengkhinat bangsa dan pembikin vbideo lucah yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.
Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita.
Khamis, 23 Jun 2011
Pengarah Jawi lakukan Dosa Besar - Bekas Mufti
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membiayai kos guaman Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
Menurut Hashim, sumber baitulmal terdiri dua kategori iaitu sumber zakat dan sumber am. Sekiranya daripada sumber am, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan mengikut pengurusan baitulmal.
Namun pengurusan baitulmal atau majlis agama, katanya, tidak boleh menggunakan wang zakat bagi tujuan untuk perbelanjaan selain bantuan kepada golongan asnaf.
“Kalau betul, ia tak sepatutnya berlaku kerana duit zakat ini adalah untuk perbelanjaan untuk asnaf yang lapan, yang diberikan kepada mereka yang patut dapat.
“Kalau salahguna wang zakat, itu adalah satu salahguna kuasa. Maknanya tidak ada amanah kepada Allah. Jika pembiayaan untuk bayaran peguam masuk asnaf yang mana?,” ujarnya ketika ditanya Keadilandaily.com.
Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan miskin, amil, muallaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (Orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir).
Tambah ulama terkenal ini, penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan.
“Wang zakat dijelaskan di dalam Al Quran perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya.
“Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar,” katanya lagi.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution semalam mendedahkan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.
Jumlah itu dikatakan diguna bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
Ia dikatakan bagi membiayai kos guaman dua individu berkenaan kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam, yang mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.
KRISIS AIR SELANGOR - Syabas tak buat kerja
"Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas."Kenyataan pihak Syabas (yang) menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat, penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja- kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.
Menurut exco Selangor, Elizebeth Wong gangguan itu adalah kerana kegagalan Syabas untuk menyelenggara loji rawatan tersebut sejak tahun 1997 katanya dalam satu kenyataan akhbar, lewat petang semalam.
Wong juga berkata simpanan air di empangan sekitar negeri itu masih berada pada tahap yangtinggi.

Beliau membekalkan data Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung kedudukan tahap simpanan air empangan sehingga 21 Jun lalu bagi membuktikan kata-katanya itu.
Menurut exco Selangor, Elizebeth Wong gangguan itu adalah kerana kegagalan Syabas untuk menyelenggara loji rawatan tersebut sejak tahun 1997 katanya dalam satu kenyataan akhbar, lewat petang semalam.
Wong juga berkata simpanan air di empangan sekitar negeri itu masih berada pada tahap yangtinggi.

Beliau membekalkan data Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung kedudukan tahap simpanan air empangan sehingga 21 Jun lalu bagi membuktikan kata-katanya itu.
- Empangan Sungai Selangor - 98.81 peratus
- Empangan Sungai Tinggi - 99.17 peratus
- Empangan Sungai Batu - 100 peratus
- Empangan Klang Gate - 100 peratus
- Empangan Sungai Semenyih - 100 peratus
- Empangan Sungai Langat - 100 peratus
- Empangan Tasik Subang - 96.88 peratus
Sementara itu, Syabas dalam satu kenyataan media berkata pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air di Lembah Klang dijangka akan mula menerima bekalan secara berperingkat mulai awal pagi ini sehingga pulih sepenuhnya pada pukul 8 pagi, Jumaat ini.
Langgan:
Catatan (Atom)


