Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 15 Jun 2011

Umno hantar jin cuba rasuk Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru

Umno telah menghantar dua ekor jin jenis ifrit untuk merasuk Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru dilantik, demikian pengakuan Dr Rani Osman semalam.
“Kedua-duanya tak minta saya keluar PAS, keluar Pakatan Rakyat, mereka tak minta saya menyertai Umno, tetapi hanya mahu saya tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang... saya pun tidak tahu mengapa,” kata beliau dalam temu bual sempena pelantikannya menggantikan Datuk Dr Hasan Ali mengetuai PAS Selangor.
Difahamkan beliau ada ditawarkan sejumlah wang jika sanggup menerima permintaan tersebut.
“Saya memberitahu mereka nilai saya ialah al-Quran dengan menunjukkan mereka al-Quran, mereka menitiskan air mata dan keluar dari pejabat saya... saya tak jumpa mereka lepas itu... saya pun tak ingat nama mereka,” kata doktor perubatan ini yang menceburi politik dengan menyertai PAS akhir 1990-an.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menyifatkan Umno dalam keadaan gelabah sekarang ini hingga mengeluarkan kenyataan yang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai exco kerajaan negeri.
Sementara itu, Dr Rani berkata, PAS Selangor akan membentuk jawatankuasa perhubungan negeri pada Isnin ini.

pemuda Umno akui lemah dan kalah dengan ceramah Pakatan Rakyat

Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.
Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin  Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.
“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.
Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.
“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.
Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.
Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13,  ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.
Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.
Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.
Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).
Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat  9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.
Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.
Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.
“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.
“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.

Selasa, 14 Jun 2011

Kementerian Pelancongan bazirkan RM1.8juta untuk facebook.

NONEKemneterian Pelancongan telah membelanjakan sebanayk 1.8juta ringgit untuk menyelenggara laman sosial facebook yang tiada sambutan.“Facebook page Kementerian Pelancongan hanya berjaya menarik 20,308 pengikut (dengan belanja RM1.8 juta) sedangkan Facebook page ‘Visit Penang’ yang tidak menelan belanja walau sesen pun oleh kerajaan Pulau Pinang berjaya menarik lebih 100,000 pengikut,” kata Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke


.Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit berkata RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, melalui satu kontrak tiga tahun bermula dari  tahun 2011 hingga tahun 2013.

Kritikan Loke terhadap pembaziran mega itu disokong Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy, beliau bersetuju dengan Loke bahawa RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan ia tidak sepadan dengan minat yang ditunjukkan orang ramai terhadap Facebook page kementerian itu.
“Sehingga kini baru terdapat 2,013 ‘likes’, dan rekabentuk laman itu juga kelihatan biasa-biasa sahaja. Ia menggunakan templat sama (dengan Facebook page lain),” kata Khairy

Ibrahim Ali kebal atau dikebalkan

Ahli Parlimen bermulut celupar dan jelek merangkap Presiden seebuah pertubuhan pelampau melayu Perkasa nampaknya bebas dari sebarang tindakan undang-undang, Demikian tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ibrahim Ali atas tindakannya sebelum ini yang mengisytiharkan 'jihad' kepada masyarakat Kristian sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata tindakan tidak akan diambil berikutan Ibrahim tidak mengeluarkan kata- kata yang bercanggah dengan undang- undang negara dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Parlimen hari ini.





Hassan Ali Disingkir Kerana Terlalu Eksklusif?


SEMUA maklum Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dalam barisan kepimpinan baru parti yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad.
Kedudukan jawatan nombor satu dalam PAS negeri itu digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.
Banyak telahan yang berlaku ekoran 'hilangnya' Hassan dari senarai Abdul Hadi.
Banyak isu yang berbangkit sepanjang penggal Hassan memegang jawatan berkenaan yang dilihat memberi sedikit impak yang kurang disenangi di kalangan akar umbi PAS sendiri.
Dari isu rampasan arak dari kedai serbanika di Shah Alam sehingga polemik perpaduan PAS-Umno dan yang paling ketara tidak berpihak kepada kerajaan negeri dalam isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Tindakan itu dilihat menguntungkan musuh politik PAS iaitu Umno dan Barisan Naisonal (BN).
Hassan yang memegang portfolio Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga sering kali dikritik secara terbuka oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Yang paling panas sehingga mereka berdua dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana bertelagah dan membuat kenyataan secara terbuka melalui media.
Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang mengkritik isu tata tertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).
Sementara Hassan pula menghadapi dua tuduhan iaitu membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan keduanya membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.
Sekali lagi tindakannya ditafsirkan menguntungkan Umno dan BN.
Mungkin atas faktor-faktor itu menyumbang kepada keputusan Abdul Hadi menggugurkan Hassan dan menggantikannya dengan Abdul Rani.
Sehingga artikel ini ditulis, Hassan gagal dihubungi bagi mendapatkan komen beliau.
Eksklusif
Sumber pimpinan PAS negeri memberitahu, Hassan dikatakan kurang bergaul dengan pemimpin-pemimpin akar umbi sehingga mengakibatkan jurang antara mereka kian ketara.
'Kesibukan' Hassan dilihat antara faktor utama sehingga beliau semakin terasing dengan akar umbi di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat itu.
"Dari sudut penyampaian maklumat juga banyak yang dipersoalkan pemimpin-pemimpin kawasan.
"Kita mahukan pemimpin yang datangnya akar umbi, tapi jika sifatnya terlalu eksklusif jadi bagaimana?" tegas pemimpin muda berkenaan kepada mStar Online.
Berbeza dengan Abdul Rani yang dilihat datangnya dari akar umbi dan gemar berterus-terang dengan ahli-ahli.
Lebih dari itu, kedudukan Hassan sebagai ADUN Gombak Setia, juga dikatakan tidak terjamin menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
"Hassan mungkin tidak akan dipilih semula, akan ada pengganti beliau yang lebih muda," menurut seorang pemimpin PAS Gombak yang enggan dikenali.
Beliau mendakwa, ahli-ahli parti di kawasan berkenaan kecewa dengan Hassan yang jarang turun padang menjenguk pengundi-pengundi.
Situasi seperti itu amat mengecewakan semua anggota parti yang selama ini bekerja keras memastikan kemenangan Hassan di DUN tersebut.