Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 14 Jun 2011

Hassan Ali Disingkir Kerana Terlalu Eksklusif?


SEMUA maklum Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dalam barisan kepimpinan baru parti yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad.
Kedudukan jawatan nombor satu dalam PAS negeri itu digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.
Banyak telahan yang berlaku ekoran 'hilangnya' Hassan dari senarai Abdul Hadi.
Banyak isu yang berbangkit sepanjang penggal Hassan memegang jawatan berkenaan yang dilihat memberi sedikit impak yang kurang disenangi di kalangan akar umbi PAS sendiri.
Dari isu rampasan arak dari kedai serbanika di Shah Alam sehingga polemik perpaduan PAS-Umno dan yang paling ketara tidak berpihak kepada kerajaan negeri dalam isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Tindakan itu dilihat menguntungkan musuh politik PAS iaitu Umno dan Barisan Naisonal (BN).
Hassan yang memegang portfolio Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga sering kali dikritik secara terbuka oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Yang paling panas sehingga mereka berdua dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana bertelagah dan membuat kenyataan secara terbuka melalui media.
Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang mengkritik isu tata tertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).
Sementara Hassan pula menghadapi dua tuduhan iaitu membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan keduanya membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.
Sekali lagi tindakannya ditafsirkan menguntungkan Umno dan BN.
Mungkin atas faktor-faktor itu menyumbang kepada keputusan Abdul Hadi menggugurkan Hassan dan menggantikannya dengan Abdul Rani.
Sehingga artikel ini ditulis, Hassan gagal dihubungi bagi mendapatkan komen beliau.
Eksklusif
Sumber pimpinan PAS negeri memberitahu, Hassan dikatakan kurang bergaul dengan pemimpin-pemimpin akar umbi sehingga mengakibatkan jurang antara mereka kian ketara.
'Kesibukan' Hassan dilihat antara faktor utama sehingga beliau semakin terasing dengan akar umbi di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat itu.
"Dari sudut penyampaian maklumat juga banyak yang dipersoalkan pemimpin-pemimpin kawasan.
"Kita mahukan pemimpin yang datangnya akar umbi, tapi jika sifatnya terlalu eksklusif jadi bagaimana?" tegas pemimpin muda berkenaan kepada mStar Online.
Berbeza dengan Abdul Rani yang dilihat datangnya dari akar umbi dan gemar berterus-terang dengan ahli-ahli.
Lebih dari itu, kedudukan Hassan sebagai ADUN Gombak Setia, juga dikatakan tidak terjamin menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
"Hassan mungkin tidak akan dipilih semula, akan ada pengganti beliau yang lebih muda," menurut seorang pemimpin PAS Gombak yang enggan dikenali.
Beliau mendakwa, ahli-ahli parti di kawasan berkenaan kecewa dengan Hassan yang jarang turun padang menjenguk pengundi-pengundi.
Situasi seperti itu amat mengecewakan semua anggota parti yang selama ini bekerja keras memastikan kemenangan Hassan di DUN tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan