Rabu, 15 Jun 2011
pemuda Umno akui lemah dan kalah dengan ceramah Pakatan Rakyat
Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.
Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.
“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.
Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.
“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.
Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.
Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.
Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.
Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.
Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).
Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.
Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.
Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.
“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.
“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.
Selasa, 14 Jun 2011
Kementerian Pelancongan bazirkan RM1.8juta untuk facebook.
Kemneterian Pelancongan telah membelanjakan sebanayk 1.8juta ringgit untuk menyelenggara laman sosial facebook yang tiada sambutan.“Facebook page Kementerian Pelancongan hanya berjaya menarik 20,308 pengikut (dengan belanja RM1.8 juta) sedangkan Facebook page ‘Visit Penang’ yang tidak menelan belanja walau sesen pun oleh kerajaan Pulau Pinang berjaya menarik lebih 100,000 pengikut,” kata Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke.Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit berkata RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, melalui satu kontrak tiga tahun bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2013.
Kritikan Loke terhadap pembaziran mega itu disokong Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy, beliau bersetuju dengan Loke bahawa RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan ia tidak sepadan dengan minat yang ditunjukkan orang ramai terhadap Facebook page kementerian itu.
“Sehingga kini baru terdapat 2,013 ‘likes’, dan rekabentuk laman itu juga kelihatan biasa-biasa sahaja. Ia menggunakan templat sama (dengan Facebook page lain),” kata Khairy
Ibrahim Ali kebal atau dikebalkan
Ahli Parlimen bermulut celupar dan jelek merangkap Presiden seebuah pertubuhan pelampau melayu Perkasa nampaknya bebas dari sebarang tindakan undang-undang, Demikian tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ibrahim Ali atas tindakannya sebelum ini yang mengisytiharkan 'jihad' kepada masyarakat Kristian sebelum ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata tindakan tidak akan diambil berikutan Ibrahim tidak mengeluarkan kata- kata yang bercanggah dengan undang- undang negara dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Parlimen hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata tindakan tidak akan diambil berikutan Ibrahim tidak mengeluarkan kata- kata yang bercanggah dengan undang- undang negara dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Parlimen hari ini.
Hassan Ali Disingkir Kerana Terlalu Eksklusif?
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
SEMUA maklum Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dalam barisan kepimpinan baru parti yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad.
Kedudukan jawatan nombor satu dalam PAS negeri itu digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.
Banyak telahan yang berlaku ekoran 'hilangnya' Hassan dari senarai Abdul Hadi.
Banyak isu yang berbangkit sepanjang penggal Hassan memegang jawatan berkenaan yang dilihat memberi sedikit impak yang kurang disenangi di kalangan akar umbi PAS sendiri.
Dari isu rampasan arak dari kedai serbanika di Shah Alam sehingga polemik perpaduan PAS-Umno dan yang paling ketara tidak berpihak kepada kerajaan negeri dalam isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Tindakan itu dilihat menguntungkan musuh politik PAS iaitu Umno dan Barisan Naisonal (BN).
Hassan yang memegang portfolio Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga sering kali dikritik secara terbuka oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Yang paling panas sehingga mereka berdua dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana bertelagah dan membuat kenyataan secara terbuka melalui media.
Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang mengkritik isu tata tertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).
Sementara Hassan pula menghadapi dua tuduhan iaitu membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan keduanya membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.
Sekali lagi tindakannya ditafsirkan menguntungkan Umno dan BN.
Mungkin atas faktor-faktor itu menyumbang kepada keputusan Abdul Hadi menggugurkan Hassan dan menggantikannya dengan Abdul Rani.
Sehingga artikel ini ditulis, Hassan gagal dihubungi bagi mendapatkan komen beliau.
Eksklusif
Sumber pimpinan PAS negeri memberitahu, Hassan dikatakan kurang bergaul dengan pemimpin-pemimpin akar umbi sehingga mengakibatkan jurang antara mereka kian ketara.
'Kesibukan' Hassan dilihat antara faktor utama sehingga beliau semakin terasing dengan akar umbi di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat itu.
"Dari sudut penyampaian maklumat juga banyak yang dipersoalkan pemimpin-pemimpin kawasan.
"Kita mahukan pemimpin yang datangnya akar umbi, tapi jika sifatnya terlalu eksklusif jadi bagaimana?" tegas pemimpin muda berkenaan kepada mStar Online.
Berbeza dengan Abdul Rani yang dilihat datangnya dari akar umbi dan gemar berterus-terang dengan ahli-ahli.
Lebih dari itu, kedudukan Hassan sebagai ADUN Gombak Setia, juga dikatakan tidak terjamin menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
"Hassan mungkin tidak akan dipilih semula, akan ada pengganti beliau yang lebih muda," menurut seorang pemimpin PAS Gombak yang enggan dikenali.
Beliau mendakwa, ahli-ahli parti di kawasan berkenaan kecewa dengan Hassan yang jarang turun padang menjenguk pengundi-pengundi.
Situasi seperti itu amat mengecewakan semua anggota parti yang selama ini bekerja keras memastikan kemenangan Hassan di DUN tersebut.
Isnin, 13 Jun 2011
PAS gugur Hassan Ali pesuruhjaya PAS Selangor
PAS dalam mesyuarat pertama Jawatankuasakerja PAS pusat yang dipengerusikan Datuk Seri Hadi Awang menyaksikan Hassan Ali digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.
Dalam mesyuarat tersebut beberapa nama juga tidak dikekalkan dan beberapa perubahan ahli jawatankuasa serta lantikan baru.Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.
Hasan sebelum ini dikatakan agak kontroversial dan nenimbulkan pergeseran bukan sahaja di kalangan pemimpin PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi meskipun perlantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.
Hasan juga dikatakan cenderung menyokong 'kerajaan perpaduan' dengan Umno meskipun kepimpinan pusat PAS telah menolak perkara itu.
Laporan Harakahdaily dipetik sebagai berkata Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.
Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.
"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.
"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.
Dalam mesyuarat tersebut beberapa nama juga tidak dikekalkan dan beberapa perubahan ahli jawatankuasa serta lantikan baru.Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.
Hasan sebelum ini dikatakan agak kontroversial dan nenimbulkan pergeseran bukan sahaja di kalangan pemimpin PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi meskipun perlantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.
Hasan juga dikatakan cenderung menyokong 'kerajaan perpaduan' dengan Umno meskipun kepimpinan pusat PAS telah menolak perkara itu.
Laporan Harakahdaily dipetik sebagai berkata Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.
Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu."Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.
"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.
Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.
Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid
Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid
Langgan:
Catatan (Atom)


