Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 12 April 2011

malapetaka Serawak

oleh:Lim Hong Siang |

Pakatan Rakyat, terutamanya DAP semestinya mengambil kesempatan untuk mengasak agar BN membuat pengumuman terperinci, termasuk jadual waktu Taib Mahmud mengundur, penggantinya dan sebagainya.  Malah, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menunjukkan satu keratan akhbar pada 7 November 1995 yang memetik Taib Mahmud bahawa beliau akan berundur dalam masa lima tahun.  Kesemua ini cukup untuk menyanggah jaminan daripada Najib dan Taib Mahmud.

Walau bagaimanapun, langkah Najib untuk mengulangi jaminan yang sama semalam - walaupun berniat untuk meredakan ketidakpuasan rakyat, tetapi mungkin mengundang malapetaka di sebaliknya.  Pertama, beliau menafikan bahawa Taib Mahmud adalah liabiliti, atau beban kepada BN.  Selagi Najib enggan mengakui masalah yang ada pada Taib, maka pembangkang mempunyai alasan yang cukup untuk mempertikaikan keikhlasan Najib.
Keduanya, pengumuman Najib boleh ditafsir sebagai "campur tangan dari Semenanjung", sentimen yang cuba diwujudkan sepanjang kempen BN Sarawak untuk menangkis serangan PR.  Sentimen inilah yang dipermainkan supaya rakyat menolak parti politik dari Semenanjung.  Namun, senjata ini sekarang mungkin makan tuannya kerana Najib dari Semenanjung dilihat bersuara untuk menentukan kekal-undur Ketua Menteri Sarawak.
Lebih ketara, pengumuman ini semestinya menempangkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, dan membuka lembaran baru pergolakan kuasa dalam PBB sendiri.  Keadaannya mungkin sikit berbeza, namun ada persamaannya jikalau dibandingkan dengan Gerakan di Pulau Pinang pada tahun 2008.  Setelah Presiden Gerakan Koh Tsu Koon berundur dari jawatan KM Pulau Pinang untuk bertanding di kawasan parlimen, tanpa menamakan penggantinya, maka berlakulah pergelutan dalaman antara beberapa orang calon yang melihat dirinya layak untuk menyandang jawatan KM.
Kesudahannya seperti yang disaksikan, Gerakan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Pulau Pinang.  Senario ini mungkin sukar diulangi di bumi kenyalang, namun ia sudah memadai seandainya BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Sarawak.  Dan seandainya SUPP (yang berperanan seperti MCA di Semenanjung) mengalami kekalahan yang besar, maka ia merupakan tamparan sengit kepada slogan 1Malaysia oleh Najib Razak.
Jikalau keputusan PRN Sarawak 2011 menyaksikan pengundi Cina tetap memihak pembangkang, maka senario ini bakal meletakkan Najib dalam keadaan dilema.  Mencurahkan lebih usaha untuk memikat hati pengundi Cina, atau mengambil langkah drastik untuk "menghukum" pengundi Cina yang tidak menyokong BN - semestinya akan menjadi perbalahan pendapat dalam UMNO dan BN sendiri.  Silap selangkah Najib dalam membuat keputusan bakal meletakkan tanda noktah pada tempoh jawatan PM-nya.
Justeru itu, apa yang boleh dilakukan oleh Najib dan regimnya sekarang adalah menabur "gula".  Peruntukan demi peruntukan ditabur untuk memastikan kemenangan BN dalam PRN Sarawak, pertarungan yang bakal mempengaruhi semangat BN untuk menghadapi PRU ke-13.
Namun demikian, Najib semestinya sedar bahawa pendekatan sedemikian tidak boleh dikekalkan selama-lamanya.  Sebelum PRU ke-12, BN menang dalam PRK Machap dan Ijok, setelah menabur "gula pilihan raya" yang bernilai puluhan juta ringgit.  Akhirnya kemenangan itu terbukti hanyalah pembohongan yang dibeli dengan wang ringgit.
Demikianlah dilema yang dihadapi Najib Razak, atau lebih tepat sebenarnya, kebuntuan yang dihadapi Barisan Nasional sekarang.
Walaupun belum sampai ke tahap untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, namun Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya berjaya untuk mengheret Barisan Nasional ke dalam gelanggangnya pada pusingan awal PRN Sarawak 2011.  Sentimen "Undur Taib" semakin memuncak di kawasan bandar majoriti Cina, sehingga BN mulai tertekan dalam suasana sedemikian.
Ramai yang akan bersetuju bahawa suasana di bandar-bandar utama Sarawak kini tidak berbeza dengan suasana PRU ke-12 pada tahun 2008, yang akhirnya mencetuskan "tsunami politik" untuk menafikan majoriti dua pertiga BN, selain empat kerajaan negeri beralih tangan kepada pembangkang (tidak termasuk Kelantan yang pada asalnya di bawah PAS).  Antara persamaannya yang mungkin paling menakutkan BN adalah wang dermaan yang dikutip dari khalayak ramai yang menghadiri ceramah politik - sehingga mencatat puluhan ribu ringgit Malaysia - dibaca sebagai tanda rakyat komited kepada agenda perubahan.
Najib akhirnya memberi jaminan bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak, tanpa menyebut tarikh mahupun menamakan penggantinya.  Pengumuman sedemikian tidak memberi jaminan yang lebih daripada pengumuman sebelum terbubarnya DUN Sarawak, selain mengulanginya buat kali kedua.


Isnin, 11 April 2011

Gelaran Datuk Chan Kong Choy digantung oleh Sultan Selangor


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran Datuk yang dianugerah kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy sehingga mahkamah membuat keputusan dalam kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Bekas Timbalan Presiden MCA itu menerima anugerah darjah kebesaran itu daripada baginda pada 2003
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Selango, baginda juga menarik balik gelaran sama terhadap Tan Sri Dr Ting Pek Khiing dibuat 24 Mac lalu ekoran bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Berhad itu, diisytihar bankrap pada 29 Oktober lalu 2010.

Ahad, 10 April 2011

BN dalam keadaan genting?

Chen Shaua Fui | Apr 09, 2011 08:57:40 pm


Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan.  Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?



Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera.  Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.
Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok, dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.

Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur.  Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April.  Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.
Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.
Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik.  Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis  sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu.  Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.
Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.
Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.
Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.
Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.
SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud

Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina.  Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud.  Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.
Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud.  Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib.


Sabtu, 9 April 2011

Hishamudin tak mahu jawab kenapa Datuk T masih bebas

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berselindung di sebalik mahkamah untuk mengelak daripada menjawab kepada  gandingan Datuk T terlepas daripada tindakan undang-undang selepas menayangkan video lucah menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno dilaporkan sudah memulakan tindakan menyaman Anwar kerana mengaitkan beliau dan institusi polis dalam penayangan video lucah di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat,  N.Surendran berkata tindakan saman itu tidak akan menjelaskan kenapa polis dan Hishamuddin sendiri membiarkan penayangan video lucah berkenaan dengan sewenang-wenangan setelah tiga Datuk T sendiri mengaku mendalanginya.

Datuk T  merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

" Kita kena ingat dalang kes ini ialah Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beliau ini jelasnya adalah orang upahan Umno. Hishamuddin patut jawab itu. Apakah tindakan yang diambil  terhadap individu berkenaan ?,” kata Surendran.    

" Sepatutnya (Hishamuddin) kena terima kritikan dan bukannya menggunakan undang-undang untuk menyerang (Anwar). Walau bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk menemui Hishamuddin di mahkamah,’ tambah beliau.   

Anwar sebelum ini membidas  Perdana Menteri Najib Razak dan Hishamuddin serta badan polis kerana membenarkan penayangan video berkenaan oleh tiga individu berkenaan semata-mata untuk menfitnahnya.


KASTAM RASA TERHINA MAHU PM JELASKAN


Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”

“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak.

“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.

“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.

Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.

Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.
“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.