Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 1 Februari 2011

Kerajaan Hosni Mubarak Dihujung tanduk


Ribuan rakyat Mesir berkumpul Dataran Tharir di Kaherah, Mesir bagi meneruskan bantahan dan mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur pada Isnin. Penunjuk-penunjuk perasaan ketika ini berusaha menganjurkan 'perarakan sejuta orang' yang dirancang Selasa bertujuan mengguling rejim Hosni, menurut Al-Jazeera. - EPA/HANNIBAL HANSCHKE

PADAN MUKA

HAHAHa....PADAN MUKA SOKONGLAH BN...puih..lantui!


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Isnin, 31 Januari 2011

inilah muka adam hakim mahkamah tinggi syariah dan nurul izani yang ditangkap berkhalwat


HAKIM Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, (kanan) dan pasangannya Nurul Izani Md Isa didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di Georgetown, hari ini atas tuduhan berkhalwat di kuarters kerajaan pada 5 Disember lalu. - Foto Ramdzan Masiam


Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur,  mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah,Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes. 
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan di sini pada 5 Disember lalu. 
Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. 
Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di sini. 


Syiling hospital serdang runtuh


Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 malam ketika beberapa pelawat sedang duduk di tempat menunggu, yang turut menempatkan sebuah kedai kopitiam dan merupakan pintu utama ke wad.
Ketika kejadian beberapa pelawat sedang duduk di lobi, tiba-tiba mereka terdengar bunyi dari bahagian atas dan ternampak sebahagian syiling mula terkopak.


"Tak boleh salahkan pihak hospital kerana semua bangunan hospital atau sekolah ialah tanggungjawab JKR untuk lantik kontraktor membuat pembinaan... yang penting kementerian kerja raya harus ambil tindakan secepat mungkin untuk pastikan  bangunan ini masih selamat digunakan," 

Kejadian bagaimanapun tidak menjejaskan keseluruhan operasi di hospital ini.
Hospital Serdang yang menelan kos RM690 juta itu telah memulakan operasinya pada Disember 2005.

nota: inilah kerja kontraktor sukusakat BN

Stadium K.Terengganu runtuh jurutera didakwa menipu

Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di Kuala Terengganu pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM).

--Bernama