Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 9 Disember 2010

Rais : Buat perubahan tarik minat tonton RTM


Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu berani melakukan perubahan untuk memikat kembali minat rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Zaman RTM memonopoli bidang penyiaran sudah berakhir, sekarang ini ada 32 stesen radio di bawah RTM dan ada 28 stesen radio swasta yang menandingi RTM setiap jam," katanya.


nota: RTM ni sebenarnya dah macam besi buruk...kah..kah..kah..
dari menteri sampai petugas..dah nak pencen...
bukannya berpengalaman menambah baik..tapi menambah kekalutan dan kolot..
berita-berita propaganda dan mengelirukan...
anak muda tak suka yang tak stylo....
tengok RTM sama macam masuk dalam arkib negara..kah..kah..kah..


sebenarnya bukan sahaja RTM..mana-mana media agen kerajaan memang memualkan..
buang karen..kah..kah..kah..baik tido dari nengok tv...jimat letrik! kah..kah..kah..

muhyidin yasin tak nak tolong selangor & kurang ajar punya penghulu....

Ucapan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada satu majlis bersama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini disambut dengan cemuhan dan pekikan 'boo' oleh sebilangan para hadirin di majlis persidangan agung perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam pagi ini.khalid ibrahim speech boo during function with muhyiddin


Sebilangan daripada lebih 1,000 orang pemimpin setempat itu bertindak demikian apabila ucapan Khalid mula menyentuh mengenai isu pembahagian peruntukan yang sama rata kepada wakil rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan.

Beberapa orang berkenaan diperhatikan memekik "sudahlah" dan "ini bukan mesyuarat Pakatan Rakyat" apabila isu berkenaan dibangkitkan.



Muhyiddin dalam ucapannya selepas itu berkata, negeri Selangor tidak lagi perlu dibantu kerana sudah menjadi negeri maju.

"Selangor dah maju, tak payah tolong pun tak apa.

"Kalau hendak serahkan (peruntukan) kepada menteri besar tak tahu bagaimana caranya.


nota; lihatlah betapa kurang ajarnya para penghulu...anak buah muhyidin yasin
        muhyidin pulak belum jadi pm awal-awal dah diskriminasikan selangor
        

Rabu, 8 Disember 2010

jangan terpedaya khir toyo tidak dituduh rasuah

sila teliti pertuduhan terhadap khir toyo

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.



shamsudin beli tanah pada harga rm6.5 juta
khir beli dari shamsuddin pada harga 3.5 juta


kesnya ialah penjual tersebut bahlul dan tolol.
mana ada logik jual pada harga separuh. 


inilah silap mata bn umno..tipu orang melayu
orang kampung sila percaya buta-buta..
pembangkang seronok khir kena tangkap..
 sebenarnya tiada kes rasuah.......

mari bantah kenaikan harga barang - kempen gila-gila

Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran rakyat.


Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat .


Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.



PAS bercadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara.


"Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”


“Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”


“Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”


“Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”


“Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”


“Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”


“Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”


“Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”
“Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN” 


“Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”


“Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat” 


“Selamatkan Negara Daripada Muflis”


“Mana Wang Petronas Dihabiskan?”


“Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”


“Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”


“Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”


“Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”



Mahadi Murad filemkan pembunuhan Sosilawati

ini betul-betul macam ambil kesempatan..
Mahadi J. Murad pengarah filem yang kurang laku dan dah senja mengambil kesempatan menfilemkan kisah jutawan kosmetik sosilawati....


Pengarah filem Dr. Mahadi J. Murat dijangka akan memulakan penggambaran filem mengenai kisah hidup jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada April tahun hadapan.
Menurut Mahadi, setelah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan keluarga Sosilawati, mereka bersetuju untuk memulakan pra-produksi selepas kes pembunuhan membabitkan Allahyarham di mahkamah selesai.