Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat .
Menurut Idris menimbulkan kesedaran politik itu, kain rentang berkenaan akan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak BN dalam pilihanraya akan datang.
PAS bercadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara.
"Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”
“Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”
“Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”
“Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”
“Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”
“Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”
“Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”
“Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”
“Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN”
“Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”
“Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat”
“Selamatkan Negara Daripada Muflis”
“Mana Wang Petronas Dihabiskan?”
“Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”
“Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”
“Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”
“Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan