Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 23 Jun 2010

Azmin:Senator Ezam tak cukup tarbiyah






Azmin Ali menyifatkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang tidak lengkap tarbiyah.









Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menyifatkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang “tidak lengkap tarbiyah.”
Ahli Parlimen Gombak ini melabelkan Ezam “tidak habis menjalani tarbiyah” dengan merujuk kepada tempoh menjadi setiausaha politik kepada Anwar, ketika itu memegang jawatan menteri kewangan, cuma dua tahun.
Itu sebabnya beliau tidak mempunyai idealisme yang kuat bagi mempertahankan PKR, kata Azmin.
Ezam baru sebulan dilantik oleh Umno-BN sebagai anggota Dewan Negara.
Beliau menyertai Umno pada 2008, dua tahun selepas meninggalkan PKR.
Azmin berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Keenam PKR di sini petang ini.
Dalam ucapannya Azmin tidak menyebut nama Ezam secara langsung, yang merupakan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan.
Sebaliknya beliau menyentuh isu lompat parti yang ditimbulkan oleh perwakilan dalam sesi perbahasan.
Azmin mendakwa, Anwar ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pernah ditawarkan ganjaran sebagai balasan tidak menekankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam jawatan kerajaan dan parti.
Ketika itu Anwar juga merupakan timbalan presiden Umno.
“Jangan dengar senator yang melacurkan dirinya, saya tahu sebagai setiausaha sulit dia (Anwar) ketika itu, hampir setiap perkara, (bekas menteri kewangan) Datuk (kini Tun) Daim Zainuddin akan menghubungi saya untuk menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan (Allahyarham) Peguam Negara Datuk Mohtar Abdullah untuk membincangkan strategi Dr Mahathir untuk ketepikan jawatan kerajaan dan parti, tetapi memberikan imbuhan dan pulangan yang cukup besar asalkan tidak sentuh Dr Mahathir dalam jawatan parti dan kerajaan.
“Tetapi insan yang bernama Anwar bin Ibrahim menolak semua sogokan Dr Mahathir untuk mempertahankan rakyat dan prinsip,” kata Azmin dengan berkata, “siapa pelacur senator ini? saya tak sebut.”
Bagaimanapun kedengaran perwakilan menyahut dengan berkata, “Ezam.”
Beliau seterusnya berkata, “baru berkhidmat tidak lebih dua tahun, tetapi mengaku dia adalah anak didik Anwar Ibrahim,” katanya.
“Proses tarbiyah (pun) tak habis... yang paling lama (berkhidmat) ialah Khalid Jaafar, yang berkhidmat selama 13 tahun, Dr Mansor Othman (kini Timbalan Ketua Menteri I), dan sudah tentulah (saya) dari Gombak,” kata Azmin yang juga bekas setiausaha politik Anwar.
Azmin menambah, ini menunjukkan beliau, Khalid dan Mansor telah melalui proses tarbiyah yang sempurna dan lengkap serta tidak kehilangan idelisme perjuangan.
“Tetapi kalau satu tahun, nak berlagak macam... bila kita bertempur, ini yang lari ke luar negara kerana tidak berani berdepan dengan kezaliman Umno dan BN.
“Hari ini dapat senator, tak mengapa. Lihat Senator Dr Syed Husin (Ali), ada kualiti, ada prinsip, ada idealisme, dia tetap bersama dengan mempertahankan idealisme,” katanya.
Azmin berkata, Pakatan Rakyat mahu kuasa yang diberikan oleh rakyat diterjemahkan dalam bentuk amalan dan tindakan bagi melakukan agenda reformasi termasuk pembaharuan ekonomi.
“Pada 1995, saya masih ingat Anwar melontarkan idea ketika membentangkan belanjawan, tentang pesanan tujuh tahun yang subur dan akan diikuti dengan tujuh tahu yang gersang.
“(Bagaimanapun) Dr Mahathir tidak berani dan tidak bersedia untuk melakukan reformasi ekonomi kerana mempertahankan kronisme dan nepotisme sehingga berlaku krisis ekonomi.
“Dr Mahathir dengan mudah menyalahkan (George) Soros dan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa).
“Tidak mahu mengaku bahawa kegagalan kepimpinan, tidak mahu melakukan reformasi ekonomi.
“Akhirnya bila berlaku pertembungan, pejuang (Anwar) kita disumbat dalam penjara, bukan kerana (bekas pemandu Anwar) Azizan Abu Bakar,” katanya.
Dalam ucapannya, Azmin juga berkata, beliau mengharapkan satu dokumen ekonomi Pakatan Rakyat yang jelas dirangka walaupun agenda ekonomi baru telah diutarakan sebelum ini.
Beliau juga mencadangkan agar pegawai-pegawai kerajaan negeri turut menghadiri setiap kali PKR mengadakan kongres tahunan.
“Saya hendak usulkan setiap kali kongres parti bersidang, mesti diwajibkan ketua agensi kerajaan khsusunya pegawai UPEN hadir bersama.
“Walaupun ia melibatkan kongres parti politik, tetapi ia juga menyentuh soal dasar (kerajaan negeri).
“Kita adalah pemimpin akar umbi yang membincangkan, harus ada pegawai-pegawai kerajaan dengar, pulang serta laksanakan keputusan yang diputuskan oleh kongres,” katanya.(Isumber MI)
Satu lagi pembongkaran kecurangan Mat Ezam

Selasa, 22 Jun 2010

kenapa KHir toyo cover daim satiman?

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.
khir toyo and selangor
Malam tadi,kegagalan Satim hadir dalam mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor menyemarakkan lagi spekulasi wakil rakyat itu ingin melepaskan semua jawatan politiknya.
seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin Satim - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".
(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.

"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya
"Itu yang menjadi tanda tanya (sekarang ini).
-(Sumber MK)


Antara Khir Toyo dan Noh Omar...apa yg tak kena..
api dalam sekam ..itu merbahaya..


Satu lagi betum muktamad dan dalam kajian

Tunggu reaksi rakyat dahulu



BANYAK pihak menyokong cadangan menghapuskan UPSR dan PMR kerana peperiksaan itu didapati terlalu berorientasikan peperiksaan dan meminggirkan aspek kemahiran.

Kementerian Pelajaran memberi jaminan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak akan dibuat secara terburu-buru.
Sebaliknya kementerian berkenaan akan mengkaji reaksi guru dan ibu bapa menerusi media-massa sebelum membuat keputusan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, cadangan pemansuhan UPSR dan PMR itu berniat positif ke arah perkembangan pendidikan negara.
“Kita akan kumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa sebelum menentukan tindakan seterusnya,’’ katanya di sini semalam.(sumberKO)
Kah,...kah...kah..(meniru tukar tiub) ....ini  belum muktamad....
woit....dalam kajian...kah...kah...kah....
kah...kah..kah...bila nak muktamad...


Satu lagi sejarah negara terhapus


ORANG ramai menyaksikan detik-detik tembok Penjara Pudu, Kuala Lumpur diruntuhkan malam tadi 
untuk membuka laluan kepada projek pembinaan bernilai RM5 bilion.


Muktamad-Tembok Penjara Pudu akhirnya dirobohkan


 Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai pukul 10 malam tadi.
Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.
Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.
Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.
Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.
Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.
Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion-.(sumber KO)

muktamad..tamat riwayat...taadak kaji lagi...
satu universiti akhlak yang melahirkan beribu graduan tersemban bumi..alasan pembangunan...

Ahad, 20 Jun 2010

Tarik anugerah: Sultan tidak perkenan keputusan Pemangku Raja

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra didakwa tidak memperkenankan tindakan anakanda baginda yang juga Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra yang menarik balik pengurniaan Jaksa Pendamai (JP) dan beberapa anugerah lain terhadap 10 individu yang diumumkan baru-baru ini.
Seorang kerabat terdekat baginda, Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir, 77, yang turut ditarik balik anugerah JP berkata, beliau telah menghadap Tuanku Ismail di Istana Mahkota malam tadi dan baginda dikatakan meluahkan kekesalan terhadap tindakan tersebut.
Menurut Tengku Ahmad Zahari, beliau turut terkejut apabila menerima surat berhubung penarikan balik gelaran berkenaan kerana tidak pernah melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan ia dilucutkan.
Beliau yang merupakan pegawai lantikan kontrak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berkata, surat penarikan balik pelantikan tersebut yang bertarikh 9 Mei lalu itu ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias.
“Saya telah pergi sendiri menghadap baginda malam tadi untuk bertanya mengenai penarikan balik gelaran itu kerana selain JP beberapa lagi anugerah saya turut dilucutkan seperti Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pinggat Taat (PT).
“Baginda tidak memperkenankan penarikan balik anugerah yang telah saya terima namun saya tidak pasti mengenai individu lain yang turut mengalami nasib sama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Rabu lalu, kerajaan negeri mengumumkan senarai 10 individu yang telah ditarik balik pelantikan dan penganugerahan darjah yang membawa gelaran Datuk dan anugerah kebesaran lain oleh Tengku Muhammad Faris.
Selain tujuh individu yang ditarik gelaran Datuk dan lain-lain anugerah, ia juga membabitkan tiga penerima Jaksa Pendamai (JP).
Penarikan gelaran Datuk dan darjah kebesaran lain tersebut berkuat kuasa mulai 29 September 2009 dan pada 4 Mac, 15 Mac, 9 Mei dan 18 Mei tahun ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang pengawal Istana Mahkota, Muhamad Khairul Abdullah, 24, telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian terhadap isteri kedua tuanku, Cik Puan Elia Suhana Ahmad.
(Sumber UMO)