Sabtu, 12 Jun 2010
TERHOT DUN Perak: 3 adun UMNO masuk PKR
Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?

Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di Ipoh esok.
Zulkifly berkata jumlah mereka yang melompat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.
"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.
Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas.
Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.
"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik. (Sumber SK)
Jumaat, 11 Jun 2010
Datin Paduka Sharifah Mazlena pun ditarik balik gelaran
Di dalam satu kenyataan, Abdul Rahim berkata tiga lain yang turut ditarik darjah kebesaran bersama-sama Chua ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah "melampaui politik."

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.
-(sumber Bernama)

Rosmah Mansur terkejut
Rakyat Malaysia Anggap Kesihatan Oral Kurang Penting, Kata Rosmah

KUALA LUMPUR 10 Jun (Bernama)-- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa terperanjat apabila mengetahui 90 peratus daripada orang dewasa di negara ini menghadapi masalah gigi reput.
Beliau berkata masalah itu berpunca daripada sikap rakyat yang menganggap kesihatan oral sebagai kurang penting.
"Secara peribadi saya berasa terkejut apabila mengetahui 90 peratus rakyat Malaysia yang dewasa menghadapi kereputan gigi.
"Daripada jumlah itu 75 peratus adalah pada kalangan mereka yang berusia 16 tahun dengan 50 peratus adalah dalam kategori usia 12 tahun," katanya ketika merasmikan Pameran Kesihatan Oral dan Rawatan Pergigian di Rumah Kebajikan dan Anak Yatim Ti-Ratana, di sini.
(sumber Bernama)
Melayu: Jaga kesihatan ....jangan buat kezutan...

Khamis, 10 Jun 2010
Chua Jui Meng :Gelaran Datuk ditarik kerana sertai PKR
“Saya tidak terkejut ketika mendapat panggilan daripada Datuk Rahim kerana saya telah agak lambat laun ini akan berlaku.
Jelasnya lagi, beliau telah sedia menghadapi sebarang risiko ini setelah menyertai PKR tahun lalu.
“Tidak ada apa yang perlu dikesali, bagi saya inilah harga yang perlu dibayar dalam politik," katanya.
Jui Meng berkata: “Saya akan pulangkan kedua-dua darjah kebesaran ini selepas saya terima surat rasmi daripada istana.” Jui Meng dianugerahkan gelaran Datuk Seri ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 2003. Sementara gelaran Datuk diterimanya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bakri pada 1996.
Bekas Naib Presiden MCA ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tahun lalu dan menyertai PKR pada Julai tahun yang sama.. (sumber MS)
Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng
Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.
Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".-(sumber MK)
Tiadalah Datuk untuk Chua...
hanyalah seri wajahnya...
Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".-(sumber MK)
Tiadalah Datuk untuk Chua...
hanyalah seri wajahnya...
Langgan:
Catatan (Atom)